http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Tuesday, 30 May 2017

Sambal Haiwan Laut Mudah, Cepat dan Confirm Lazat :P




Assalamualaikum & Salam Sejahtera (Fufufuhh~akak tiup habuk kat blog dek). Lama giler aku tak update blog ni. Maklumlah sejak dikurniakan suami dan cahaya mata akak speechless, sibuk menguruskan rumahtangga, sampai tak dan nak jeling blog ni ~Wahh gitu..Kau ingat kau sorang dalam donia ni yang kawen -____-*hahah. Sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur  dan selamat berbuka. Cakap pasal sahur, dahulukala ketika aku masih dara sunti suci bersih hahaha..bangun sahurlah bab paling aku malas sekali. Bila tak nak bangun sahur wajiblah aku kena tazkirah ngan bapak aku. Disebabkan aku still liat bangun sahur tapi nak jugak ambil berkat bersahur, aku pon mengambil langkah bijak dengan membawa sebotol besar air kosong untuk bawak tidur. Akak tidur sambil peluk botol kau tahu, n set alarm 5.25, bunyik je alarm aku pon gokk gokk gokk(bunyi aku minum air)air. Selesai sebotol aku pon pengsan serta merta macam kena racun. Hahaha bijak kan kite ^_^. Tapi tu dulu, sekarang dah ada soami ni terpaksalah akak bangun, dapat pulak somi yang nak makan sahur berhidang dan makan beradap (sebbaik die tak minta suap..hahaha). Arghhhhhhhhhh tekanan kite wak..tak dapat jadi sleeping beauty dahhhh...
Okeylah korang, sesi luah perasaan dah tamat. Aku nak share cara buat sambal seafood aka haiwan laut. Walaupun korang memang tahu nak menyambal ni..tapi aku tak kira, nak tepek jugak.(^_^)y



 Nak menyambal kena ada cili blend =cili kering 
+bawang merah+bawang putih


 Sos tiram

 Daun kari. Ni aku saje je masuk sebab nak try daun kari yang tanam sendiri ahakkssss

 Ketam stim dulu

 Sotong stim jugak

 Udang stim jugak


cara masak:-
korang tumis cili + daun kari til gareng seperti ini
v
v
v
Kemudian masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam + gula secukup rasa, last masukkan haiwan-haiwan laut dan gaul rata sambil menyanyi lagu menahan rindu by Wani Hasrita. Time ini korang boleh feeling2 suara macam si wani ni. Untuk yang takut nak nyayi kat dapur takut dapat somi tua, korang leh bersiul-siul seperti burung. hahaha..(Serius minta kaki ni..-___-). Bila dah masak korang hidangkan dengan nasi panas + sayur goreng. Sangat sedap uollssss (harus puji masakan sendiri untuk meningkatkan tahap keyakinan dalam dunia kulinari..hahah). Okey lah, Selamat mencuba, selamat berpuasa dan berbuka. Kita jumpa next N3 dengan kecintaan yang baru .

~bye bye~





Thursday, 31 December 2015

Jom Shopping....Cashback..shopback sampai lebam

Assalamualaikum korang...lama seh tak jumpa...vah vah vah..tajuk nak gempak..sape suka shopping????sila angkat kening sambil bersiul-siul seperti burung..(Fooo..foo..foo). Giler kau tak suka shopping..lagi-lagi kalu shopping yang menguntungkan..Aku confident korang mesti biasa online shopping di Zalora, Lazada, Groupon, HERMO, Qoo10 dan Luxola. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Masing-masing pun selalu bagi diskaun giler babeng tak ingat dunia yang buat kita lompat bintang sambil tarik-tarik rambut. Meh sini, ahkak nak share cara shopping yang menguntungkan..Nak tak?

  Korang boleh dapat dari 5% - 16% cashback tau! 
Contoh korang beli baju bernilai RM150, & ada tawaran cashback 15%, maksudnya korang akan dapat balik RM15!!!! HOMAIGAD..... Nilai ni akan di kreditkan dekat akaun shopback korang. 
Macam mana nak dapat akaun shopback? Sila register di
v
v
v
v
v
v
v
 
https://www.shopback.my/?raf=KaR322
 
Korang isilah details macam biasa kat SIGN UP..dan apabila korang berjaya 'menyain up'kan diri korang, Maka bermulalah perjalanan korang untuk bershopping..n get cashback..n shopback...n seterusnya sampai lebam..hahaha...habis shopping korang bolehlah cek cashback korang kat akaun shopback korang..Biasanya paling lambat masuk 2 hari..Boleh pilih nak masuk akaun bank korang / melalui Paypal. Minimum redeem cashback RM10. Alahhhh..senang citer korang cer try register dulu..explore..n rasakan kegilaan nye...vah vah vah.. 


okey selamat mencuba korang..hmmm..lama dah aku xupdate n3 kecintaan aku kan??bz der..dulu ahkak solo sekarang dah mendirikan rumahtangga batu marmar..hahaha..

kite jumpa next n3 wokey..^_^

bye~~~~~
 
 

Friday, 30 October 2015

Cara Mudah Buat Potato Wedges Ala KFC Sedap, Rangup dan Lembut

Asslamualaikum....hai hai huiiiiii....:)..Rasanya lama gilos tuan velog tak update velog..mesti ramai tertanya-tanya mana perginya diri ini (ko bajet ko popular...???? -_-). Aku bz sangat weh, sampai tak sempat nak jeling blog ini..banyak yang perkara yang terjadi menyebabkan aku terpaksa menganaktiri angkatkan velog ini..Okey lah, aku masih kering idea nak berblog..saja pagi ni nak share buat potato wedges ala KFC. Walaupun makanan cam bebudak tadika, aku tak kira!! nak share jugak...hoho..Sedap kau........sampai jilat tisu. Okey bagi yang berminat jom tengok cara buat 'kemakanan' yang lazat ini..:P

bahan-bahan:
  • kentang (ikut berapa banyak korang nak)
  • sebijik telur ( ambil putih sahaja)
  • tepung Seri Aji (ikut korang nak guna brand ape..tapi aku sangat mencadangkan seri aji ini----tolong lah tiru aku -______-)
Cara-cara buat:
  • basuh kentang ( sila cuci kentang nnda dengan penuh kegirangan, sambil bersiul-siul seperti burung comel..petua ini sangat membantu menyedapkan kentang anda *sila tiru*)
  • potong kentang (tak perlu buang kulit kentang, sebab rasa kulit itu sangat sedap..trust me!!!)
  • rebus kentang separuh masak (ketika kentang direbus, anak tekakku berbisik...''uiiiii..cukupkah??ade sosej baru care.."..lantas terus aku berlari mendapatkan sosej..'terima kasih anak tekak' :P)
  • angkat dan tos kan hingga kering
  • gaulkan dengan putih telur (kocok-kocokkan putih telur sikit)
  • golekkan dalam tepung tadi, dan goreng hingga kuning keemasan
  • angkat dan sedia untuk di'ngaaaam'
Sonangkan????Selamat mencuba korang...nanti free aku share lain ngan korang. Sehingga ketemu lagi yah..(tetibe rasa nak cakap indon plak..haha).

~bye~
(^_^)y

Monday, 24 November 2014

Cara Mudah Buat Jeruk Kedondong Asam Boi

Ehem..ehem..hukhukshuks..batuklah pulop..makan jeruk banyok...hahaha...sebenarnye nak bagitahu n3 kali ini, tuan belog nak tepek pasal jeruk pulop..Disebabkan tuan belog rajin sangat jalan-jalan ziarah blog orang lain..Maka dengan itu, terjumpalah pasal jeruk ini, lalu terus kecur air lior..sampai tengok gambor pon boleh telan-telan air liur..hahaha..berat penyakit aku ni..Biasa tengok jeruk mangga muda, tapi kali ini, tuan belog nak try kedondong aka amra..untuk merealisasikan impian anak tekak tuan blog, maka gigihlah aku pagi-pagi pergi pasar cari buah kendondong ini..jalan-jalan nampak dah buah kedondong ini, tanya berapa harga?mamat tu kata RM 3.5 sekilo..haishhh..macam tak syuka je dengan harga itu, maka pencarian diteruskan, hasilnye bertemu dengan mamat bangla nih..
aku   : 'Anne berapa sekilo?'
anne : 'rm2...adik..'
aku: wokey seeppppp anne..kasik sekilo..eh dualah..
(sebenarnya rasa nak amek 4 kilo, tapi takut lah tengok muka mak kita..hihi..nati dia soh aku makan jeruk je, tak bagi makan nasik cmno..??haha..garang weh muka mak aku time tu, nyampah agaknye tengok aku menggelupor beli kedondong..hahaha..takot gugirl..hahah)

Okeylah, tak payah citer pepanjang..moh kita tengok cara buat jeruk kedondong asam boi..



Sila kupas kulit kedondong..part ni paling tuan velog suka..sebab, boleh feeling2 anna olson..hahaha..tengok style dia kupas buah macam power jek..hahah..aku suka sangat part..letak sebesen pon takpe..hihi
Kemudian cuci bersih buah itu, diikuti dengan selawat ke atas nabi..ni mak aku selalu pesan nak basuh makanan makesure selawat..Berkat katenye..hihi

 Potong buah seperti ini, kalu korang nak potong cmne2 pon tak ape..ikut selero kowang lah..

 Haaaaa...ni bahan penting nak merealisasikan jeruk korang..asam boi, serbuk asam boi dan cili padi (mula-mula aku hiris banyak nih jek cili..tapi..'elehhhhhh cam bebudak jek makan cili ciput, tak pedas berdesing'..aku bermonolog dalam hati..hihi..Lantas hamek lagi 10 bijik..yang merah punyo, baru dewasa..hahaha)..masukkan semua dalam bekas dan tambah gula ikut suka hati korang..tapi gula janganlah banyak sampai nak buat halwa..potong kaki weh..lagipon tak balance lah dengan kemasaman kedondong itu..hihi..

Biarkan semalaman, jangan isi air ke ape tau...nati air die kuar sendiri..Disebabkan rumah ni jenis rezki rimau..tak sampai sehari..dah ngapp...sedap wehhhh..dengan kepedasan yang super sedap itu membuatkan korang rasa segar...hahaha..tapi kalu yang tak tahan pedas letak cili sikit sudah..aku suka letak banyak supaya yang tak makan pedas dalam umah ni makan sikit..so...ahkak bolehlah makan banyokkkk...hohoho..cerdik tak..cerdik tak..:P

~OKEYLAH SELAMAT MENCUBA KORANG~
BYE```JUMPA NEXT N3 EKKKK
(^_^)y

Cara Mudah Cepat dan Sedap Buat Popcorn

Assalamualaikum..bertemu lagi..kalu n3 lepas tuan velog share cara buat tiramisu dari felt, sekarang n3 kali ini, tuan velog nak share pasal makanan..kecintaan nombor satu dan selamanya..hahaha.Sebelum tu, siapa suka makan popcorn..sila lompat bintang..hahah..Disebabkan nenek tuan velog ada sini, dan kesian melihat kerdipan matanya menonton tv tanpa menguyah..hahaha..maka tuan belog dengan senang hati sambil bersiul-siul menyediakan popcorn kat nenek..Haaaa, korang jangan main-main nenek i selera omputih uollsss...hihi..Okeylah, Bagi yang berminat..meh tengok cara buat popcorn..sonang yo.

Korang memerlukan biji jagung kering ini..sila abaikan keterbalikan plastik tersebut..untuk yang ni, aku pakai setengah paket saiz cenggini

 Minyak jagung..minyak masak biasa pon boleh..

Mula-mula letak sedikit minyak jagung..panaskan..dan letak biji jagung..kemudian tutup..nanti korang akan dengar bunyik letupan..pop..pop..pop..oh mak kau..kalu nak best, pakai lah tutup kaca..nescaya korang akan kegirangan melihat jagung itu meletop..haha

Begini rupa popcorn..putih berseri-seri kan..

Sekarang kita buat karamel popcorn..korang memerlukan 3/4 cawan gula..ikut citarasa korang..bagi aku untuk setengah paket sederhana bijik jagung, sesuailah kuantiti gula banyak tu..kemuadian, 1 1/2 sudu besar mentega..

Karamel kan gula korang sampai keemasan..kalu nk gelap lagi pon boleh..

Seperti ini..:P

Bila gula dah keemasan, masukkan mentega..dam kacau sampai mentega cair



Kemuadian tutup api, dan tuang gula tadi keatas popcorn, gaul rata..bila rata..letak dalam loyang or dulang besar..dan sejukkan..supaya betol-betol sejuk..dan rangup..

Nah....dah siap..hihi..sedap weh makan sambil tengok tv..kruppp..krappp..krupp..krapp..suka nenek aku makan..hihi..sampai minta buat lagi engkau...hahaha..Bagi yang berminat, jom pakat buat..tak payah beli..yang ini dijamin puas hati...hahaha..okeylah jumpa next n3 ek...

~SELAMAT MENCUBA~
BYE~~~(^_^)y


Felt~~~~tiramisu cake..

Ohoiiiii...Assalamualaikum kengkawan..haha..fuuhhhhh..tiup habuk kat blog ni dulu..serius lama aku membiarkan blog aku tanpa dikemaskini..semenjak dua menjak ni tuan velog bz dengan hal-hal duniawi,sampai tidak ada masa nak update blog..okey dah lama tak update blog, rasa macam malu-malu jek nak berbicara..cehwahhh..okeylah, n3 kali ni nak share dengan korang kecintaan tuan blog..felt..bagi yang berminat, meh ramai-ramai tengok cara nak buat tiramisu cake dari kain felt..hihi..
Mula-mula kita buat strawberry ye..

Untuk buat soberi...kita memerlukan kain felt merah, sila potong bulat..makin besar soberi yang korang nak..makin besarla bentuk bulat yang diperlukan

divide dua

lipat dua separuh bulatan felt tadi..sila rujuk gambar diatas..

jahit bahagian tepi..nanti jadi macam bentuk kon..dan terbalikkan jahitan

jelujur keliling bentuk kon tadi


sumbatkan dengan kapas..aku amek isi bantal..hahah..perlu pengorbanan disitu..hihi..dan tarik jahitan jelujur sehingga menutupi kapas tersebut

begini rupanya bila dah siap..yang ni aku ngah jahit biji-biji strawberi..

tarraaaa.....siap..next...

Untuk buat tiramisu kena ada biskut dia..ntah apa dorang panggil aku tak tahu..untuk itu, korang perlu sediakan kain felt colour krim..potong seperti gambar diatas..

Kemudian, bentukkan seperti gambar diatas..untuk ini, lapiskan dua..dan jahit..dan sumbatkan dengan kekabu supaya gebas gebus..hihi..

Nah...begini rupanya.

Untuk krim tiramisu cake kita..potong bulat felt colour putih (warna ikut suka suki korang hokeyy..akak suka warna kesucian..-______- )

Potong felt tadi seperti gambar diatas..kemudian cucuk jarum setiap bucu..dan tarik..haaa..hamek kau, harap korang paham lah penerangan aku..Bila dah dapat bentuk macam bunga..sumbatkan dengan kekabu..dan matikan jahitan..

Nah..cenggini rupanya..hihi

Now, kita buat cover kotak tisu kite..mula-mula, ukur kotak tisu korang..potong..dan jahit insang pari untuk sambungkan setiap part..


Begini rupanya..cover kotak tisu yang dah siap dijahit..kemuadian..ikut kreativiti korang untuk hias kek tiramisu korang..just gam kan kat cover kotak tisu..teruskan menghias sambil bersiul-siul merdu..foo..foo..fooo...

Tara....dah siap..suka tak..suka tak...haha

~SELAMAT MENCUBA KORANG~
BYE...^_^

Sunday, 7 September 2014

Cara Masak Ikan Masak Taucu Senang Cepat Lagi Sedap

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...bertemu kita lagi, n3 kali ini tetap aku tepek pasal makanan...Ikan masak taucu...aku suka sangat lauk simple cenggini...sedap weh, buat pedas-pedas, kena pulak dengan nasi panas..memang bertambah-tambahlah...Hmmmm aku rasa jarang sekali aku makan tak bertambah..mesti tambah..rasa pelik bila tak tambah..bagi aku pinggan pertama sebagai pembuka selera gitu....hahaha., kali ini aku masak ikan gelama masak taucu letak peria...sedap wehhhhhhh.....fuhhhhhhh..kecur air liur plak rasa...Okeylah, bagi yang berminat jom layan cara mudah cepat lagi sedap masak ikan masak taucu ini..serius senang gilos wa cakap lu...:P


Korang memerlukan ikan gelama, kalu nak pakai ikan lain pon boleh..tapi bagi aku, sedap pakai ikan gelama ni..

Cili hijau, bawang putih bersama kakak tirinya si bawang merah..tomato'man', halia...sila hiris halus bawang merah, bawang putih, halia..cili hijau dan tomato potong besar-besar ikut suka hati korang

Tidak dilupakan cili padi letak banyak-banyak baru terangkat..cili padi ni hiris halus, if korang rajin boleh tumbuk, jangan lumat sangat..kasar-kasar baru best...

Peria - ikut suka nak letak ke tak
 
 Taucu Pak Bilal

Mula-mula goreng ikan..ketepikan..kemudian, tumis semua bahan yang dihiris halus tadi sampai garing..masukkan sedikit air asam jawa..masukkan peria dan masak  sampai lembut..masukkan taucu..perasakankan dengan garam..kalu suka letak gula (aku tak letak)..Last, masukkan tomato dan bawang besar potong bulat..

Wokehhhhhh.....siap untuk dimakan seisi keluarga..pasti tambah-tambah...makan simple-simple gini memang sedap..jemu jugak kalu bersantan sangat..Okeylah, sampai sini sahaja n3 kali ini...Kita jumpa next n3 wokehhhh....

~SELAMAT MENCUBA KENGKAWAN~
BYE (^_^)y