http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Sunday, 7 September 2014

Cara Masak Ikan Masak Taucu Senang Cepat Lagi Sedap

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...bertemu kita lagi, n3 kali ini tetap aku tepek pasal makanan...Ikan masak taucu...aku suka sangat lauk simple cenggini...sedap weh, buat pedas-pedas, kena pulak dengan nasi panas..memang bertambah-tambahlah...Hmmmm aku rasa jarang sekali aku makan tak bertambah..mesti tambah..rasa pelik bila tak tambah..bagi aku pinggan pertama sebagai pembuka selera gitu....hahaha., kali ini aku masak ikan gelama masak taucu letak peria...sedap wehhhhhhh.....fuhhhhhhh..kecur air liur plak rasa...Okeylah, bagi yang berminat jom layan cara mudah cepat lagi sedap masak ikan masak taucu ini..serius senang gilos wa cakap lu...:P


Korang memerlukan ikan gelama, kalu nak pakai ikan lain pon boleh..tapi bagi aku, sedap pakai ikan gelama ni..

Cili hijau, bawang putih bersama kakak tirinya si bawang merah..tomato'man', halia...sila hiris halus bawang merah, bawang putih, halia..cili hijau dan tomato potong besar-besar ikut suka hati korang

Tidak dilupakan cili padi letak banyak-banyak baru terangkat..cili padi ni hiris halus, if korang rajin boleh tumbuk, jangan lumat sangat..kasar-kasar baru best...

Peria - ikut suka nak letak ke tak
 
 Taucu Pak Bilal

Mula-mula goreng ikan..ketepikan..kemudian, tumis semua bahan yang dihiris halus tadi sampai garing..masukkan sedikit air asam jawa..masukkan peria dan masak  sampai lembut..masukkan taucu..perasakankan dengan garam..kalu suka letak gula (aku tak letak)..Last, masukkan tomato dan bawang besar potong bulat..

Wokehhhhhh.....siap untuk dimakan seisi keluarga..pasti tambah-tambah...makan simple-simple gini memang sedap..jemu jugak kalu bersantan sangat..Okeylah, sampai sini sahaja n3 kali ini...Kita jumpa next n3 wokehhhh....

~SELAMAT MENCUBA KENGKAWAN~
BYE (^_^)y

Saturday, 6 September 2014

Kek Coklat Kain Felt

Ohoiiiii.....Korang ingat n3 kecintaan baru aku pasal kain felt, sudah aku agak  cetusan idea dari adik aku yang kononnya hobinya adalah tipu semata-mata..ye..sekali lagi tipah tertipu..hahaha..Bila melihat lambakan kain felt yang tak pakai, menyebabkan mak aku hot..hahaha..bila dia hot..mulut dia keluar lahar kuar api macam naga maharaja lawak mega...hahaha..Walaupun bukan aku yang dilaharnya, dan disebabkan aku pencinta ketenangan dan kesian tengok muka adik aku dah macam tikus kena racun kena marah..aku pon mula cari idea nak menghabiskan kain felt..Akhirnya aku menemukan idea ini (macam dialog sinetron la pulop)..Best la pulak buat ni..Jom layan kecintaan baru aku..

 Mula-mula ukur kotak tisu buat seperti gambar diatas..

Ini nak buat krim kek coklat kita..

 Buat strawberi dan krim..seperti gambar diatas..Sila abaikan kejelekan hasil aku..ye saya budak baru belajar

 Jahit kain felt yang dipotong seperti ini..

 Nahhhhhhhh....begini hasil pertama kek dari kain felt aku..perlu banyak latihan lagi...

Ececehhhhhh....bila hati mula seronok..sampai tempat cocok jarum pon kita buat hokey..ade "tenyum" mak kita...:P

Dan ini lagi....pandai cikit dah buat 'sowwwwbeghi...'..ni kononnye nak buat red velvet cake..tapi tak berapa nak jadiklah...hehe..

Okeylah korang, ini jek n3 kali ini..kita jumpa next n3 dengan kecintaan yang lain..lama dah aku tak buat origami...windu pulop...^_^

~BYE~ :P

Cara Buat Karipap Pusing Mudah dan Sedap Sampai Berpusing-pusing

Assalamualaikum....Ohoiiii...lama sangat aku tak update velog ini..naik bersawang berdebu velog kite...hahaha..Kesibukan yang melampau menyebabkan aku menganaktirikan velog ini (alasan sibuk sering digunakan bagi seseorang yang dijangkiti penyakit malas -________- ). Karipap, siapa suka karipap?????sila tepuk perut anda..Aku bukan peminat tegar karipap, apa tak nya mak aku boleh kate hari-hari mau karipap...naik jemu aku,sampai tahap boleh menangis kunyah karipap(see..see...sampai tahap gitu..melampau sangat..,p). Selalu buat karipap biasa jek, untuk tukar rasa, buat karipap pusing pulak..Sedap weh karipap pusing, boleh berpusing-pusing bijik mata kunyah karipap..hihi..Okeylah bagi yang berminat jom tengok cara buat karipap pusing...

Mula-mula kena buat inti dahulu, inti style aku sonang yo...style orang malas tapi meronta-ronta nak makan..haha..blend bawang putih, bawang merah, bilis, serbuk kari (rempah kari ikut citarasa korang), kentang or keledek potong dadu..leburkan semua + daun kari dalam kuali, masak til kering dan perasakan dengan garam ikut citarasa, sape suka manis letaklah gula, aku tak gemar..hoho.., kalu nak letakkan ayam or daging silakan, jangan segan-segan..haha

Kulit karipap pusing
Untuk kulit ada dua bahagian, putih dan kuning.
Putih    : 2 cawan tepung, air sejuk bancuh dengan garam dan uli sampai jadi doh..
Kuning : 1 cawan tepung uli bersampa mentega sampai jadi doh
Bulatkan bahagian kuning. dan balut dengan bahagian putih, seperti gambar diatas


Gelekkan(betol ke ayat aku, nak cakap pe ek???korang paham kot...sila rujuk gambar..rasa macam alien pulak tak reti nak cakap..hahaha)

Gulungkan doh seperti gambar diatas

Gelekkan sekali lagi seperti ini.(rasa cam nak gelak pulak pakai ayat gelek..hahah)..

 Haaaaa...gelek macam ini..;P

 Gulungkan seperti ini

Potong doh seperti ini

 Begini hasilnya..

Gelekkan doh tadi 

Gelek sampai penyek seperti ini..:p

Boh setepek inti

haaaaaa....begini rupanya...siap untuk digoreng..

Nahhhhh..siap karipap pusing kita..senangkan?????sila angguk..


Okeylah..sekian sesi pembelajaran kita..hahaha
~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y


Thursday, 10 July 2014

Cara Buat Ketupat Palas Mudah

Assalamualaikum korang...kalu n3 lepas aku ada citer pasal ketupat palas, now..n3 ni aku nak tepek pasal cara buat ketupat palas. Rasanya tak banyak yang nak di share untuk buat ketupat palas sebab tak lah sesusah buat ketupat anyam. Ketupat palas adalah ketupat wajib rumah aku ketika hari raya, rasanya mak aku tak pernah buat ketupat anyam, tapi i tahu okey anyam ketupat tu. Aku pandai buat ketupat anyam tu pon hasil berguru dengan officemate aku. Giler hebat kawan aku, lelaki tapi anyam ketupat sangatlah hebat, semua bentuk ketupat dia pandai buat. Masa mula-mula belajar memang susah gilos tahap nak tampar pipi sendiri, apa ke lem***??? malu siot jadi pompuan time tu, lelaki pon pandai. Disebabkan sifat 'keperempuanan' yang menebal, dan tak nak kalah dengan lelaki itu, maka amek masa 2 hari jugak lah belajar anyam kesemua jenis ketupat. Terima kasih 'bidin' hahaha. Okeylah, nyerongei, nyerongei juge..moh kita buat ketupat..haha

Kukus pulut macam biasa boh santan garam bagai

Inilah daun palas

Sila bungkus pulut..nak tunjuk cara pon senang sangat, tigasegi jek kot..hehe..Tangan montel itu adalah tangan mak aku..hahaha

 nah...siap dua bijik.Bila siap bungkus semua, kukus ketupat lagi sekali sampai betul-betul masak dan lembut

Makan ketupat palas dengan sambal sardin cili api..terangkat siot..Mak suka yang goreng, aku pulak suka yang kukus biasa jek cicah dengan serunding ikan

Semalam buka nasi goreng, ketupat palas dan sambal sardin. Mana cukup, maka aku buat sup sayur lagi untuk diri sendiri, beza letak dumpling ke apa nama dia aku pon tak tahu, bantai je buat

kisar isi ayam dengan bawang+bawang putih, letak serbuk lada hitam, garam, serbuk pati ayam, lobak merah, daun sup, daun bawang.

kulit ni, aku beli kat giant je

bungkuskan isi ayam tadi dengan kulit dumpling tadi..siap..masa masak sup sayur campak dumpling ni..senang kan..dan sedap..(sila abaikan ke'jelek'an rupa paras dumpling itu, keras ketung tangan ni nak mendumpling...ngeh ngeh ngeh)

okeylah sampai sini je n3 kali ini..jumpa next n3..
~SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERPUASA~

~ASSALAMUALAIKUM~

Cara Masak Kari Daging Tetel Senang, Sempoi dan Sedap

Assalamualaikum...Selamat berpuasa...Salam Ramadhan..hai hai hai...juadah apa berbuka nati korang..hahaha..bukan main awal lagi aku tanya..Biasalah bulan-bulan puasa ni, mesti kepala otak musing pikir nak buka dengan apa..Semalam kitaorang berbuka puasa memang sempoi, cer teka???hahaha..buka nasi goreng cili api jek..korang mampu???hahaha..Disebabkan semua isi rumah dah jemu makan nasi (bukan main korang jemu makan nasi),maka goreng nasi sahaja..Mak aku pulak teringin nak makan ketupat palas dengan sambal sardin, tak payah tunggu raya, rasa nak makan buat jek..hahaha..Aku pulak makan ketupat palas dengan serunding ikan yang buat hari tu, sedap gilos wehhhhhhh (harus lambung diri sendiri..hahaha). Okeylah, n3 kali ni nak share pasal 'Kari Daging Tetel Sempoi' mak aku buat, aku hanya bertindak sebagai runner sahaja. Aku tak ingat bila punya juadah berbuka. Jom layan...

Kari Daging Tetel

Macam biasa la weh..tumis lah bahan basic buat kari, bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kari

Tumis sekali dengan daun kari bersama rempah sekawan yang lain dan air asam

Bila agak pecah minyak masukkan daging tetel yang sudah direbus empuk, biar sekejap bagi mesra daging dengan kari.

Bila mesra masukkan santan dan perasakan dengan garam..Biarlah lama sikit mendidih sampai semua rasa mesra..hahaha.kalu kari ni, ikut korang la nak campak apa dalam tu, kentang ke, carrot ke, aku campak cili hijau besar dengan cili api.

Nah..siap..hihi

Makan dengan telur masin

Ikan masin bulu ayam, hahaha..tiga ekor cukup.

Disebabkan aku sangatlah jemu ber'kari' hari-hari...hahaha..maka, aku buat sup sayur untuk diri sendiri. Banyak ni aku sorang yang makan okey. Yang lain semua nak kari.

Ayah request pulut kuning nak makan dengan kari..Seperti biasa dia tak sentuh pon pulut itu, pastu paksa kitaorang makan kasik habis..Tak baik membazir katanya. Kembang kuncup hidung mak kita geram...hahaha..hmmm kalu kitaorang gemok gedempol bulan puasa ni..inilah penyumbang kepada sebab kegemokan itu..hahaha

~SELAMAT MENCUBA~
~SELAMAT BERPUASA~
BYE~~~~^_^"