http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Sunday, 29 December 2013

Cara-Cara Senang Membuat Ikan Masak Kicap


Masak kicap???? Memang confirm semua orang tahu masak kicap, tak kira la ayam, daging, ikan or ape2 yang sewaktu dengannya..hahaha..Tapi aku tidak pedulik..aku nak share jugak masak kicap style turun temurun tuan blog...hahaha..Biasanya masak kicap orang tak letak cili blender..tapi aku suka letak cili kisar baru terangkat..hahaha..selain makan dengan nasi, aku suka makan dengan ketupat palas (telan air liur wehhh)..

Bahan-bahan :-


 ~cili kisar~


 Ikan, tomato. halia muda, bawang


 Kicap mesti ada ^_^


 Sos tiram

Cara-cara :-


 Garam kunyitkan ikan kita


 Goreng


 Tumis halia


 Masukkan cili kisar


 Bila Garing,   Masukkan sos tiram dan air sikit, jangan banyak sangat air..


 Kicap (aku tak letak garam, kalu  korang nak masin lagi, sila tambah ikut deria rasa..hahaha)



 Masukkan Ikan goreng tadi


 Masukan bawang + tomato dan tunggu mendidih...




 ~ Tarraaaaaaaa ~
(^_^)y



Okey dah siap masak boleh hidangan bersama nasi panas...Sedapnya 'Ikan Masak Kicap' ini..(masuk bakul angkat sendiri hokeyyy..T_T )..Selamat mencuba ye..Jumpa lagi korang...Assalamualaikum..

(^_^)y

No comments:

Post a Comment

Post a Comment