Assalamualaikum....hai hai hai....makan apa kita hari ini? Siapa suka makan mee goreng???sila angkat kening laju-laju......saya sangat suka makan mee goreng (Ohoiiiii..apa je kemakanan yang kau tak suka..:P)..Berjumpa kita dalam blog warna warni...sudah lama aku tak tepek pasal origami..takda idea la weh...rasanya semua dah try..(aku sedang cuba menutupi kemalasan diri..sila paham..)..Okeylah, disebabkan idea makanan memang takkan pernah lupus...so aku tepek lah pasal makanan..makanan aku sudah semestinya yang senang-senang..hehehe..okey korang jom tengok cara-cara buat mee goreng sempoi yang sangat menyelerakan..
Bahan-bahan :-
Korang memerlukan sebungkus mee kuning
cili padi dan bawang putih..sape yang tak gemar pedas, sila abaikan cili itu
kerang dan 'sutun' sebagai rencah..korang boleh pakai rencah ikut suka-suka hati korang
Taugeh, daun kucai dan daun bawang
fishball dan tauhu - sebagai rencah
Sos tiram
Kicap
Cili kisar
Cara-cara:-
Masukkan segala macam rencah..
masukkan sos tiram
Bagi masak dan sebati
Masukkan mee...gaul rata, letak kicap..kalu nak masin sila letak garam..aku kalu goreng mee memang tak pakai garam..bila sekata, sila masukkan sayur mayur..kacau rata..dan angkat..
Jeng..jeng..jeng....dah siap...siap untuk dihidang..
Semangkuk ini untuk tuan belog..
Okey...selamat sudah mee itu masuk perut..musykil, kenapa tetiba pakai sudu..tadi bukan main chopstick sangat engkau...hahaha..lambat hokey pakai chopstick, pakai sudu bulat-bulat boleh masuk mulut..hahaha...okey korang selamat mencuba..kita jumpa next n3 okey...
~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y
No comments:
Post a Comment