http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Sunday, 12 January 2014

Tempe Cicah Sambal Kicap


Asslamualaikum..minum petang ape harini..???petang ni hujan lebat...So, tak ada aktiviti yang paling best melainkan makan...makan..makan...hahaha...Kali ni kita minum petang 'Jawa Style'...makan tempe cicah sambal kicap pedas berdesing-desing....hahaha...Serius rasa best gilos cicah tempe goreng dengan sambal kicap..macam tak cukup je sepinggan....Tempe goreng adalah minum petang yang sangat sonang tapi sangat sedap, sangat sesuai untuk kaum-kaum yang banyak vitamin 'M' macam aku...hahaha..


Nak try buat sambal kicap????senang je...bahan-bahan yang korang perlukan ~ cili padi, bawang putih, kicap, perahan limau kasturi..

Cara nak buat pon senang..korang tumbuk cili padi + bawang putih, bila dah lumat masukkan perahan limau kasturi dan tenyeh dengan penuh perasaan..^_^


Masukkan kicap..dan kacau rata....siap..hehehe
 

Makan tempe cicah sambal kicap pedas berdesing-desing tadi...mata anda confirm bersinar-sinar tanda kegembiraan yang teramat sangat..haahha..


~ tata ~
(^_^)y


Wednesday, 8 January 2014

Cara Buat Asam Rebus Cili Padi

Assalamualaikum....0ohoiiii..berjumpa kita lagi..sila jangan muntah tuan blog tayang makanan lagi..Serius idea aku nak ber'3d Origami' ke laut..(macam sama je ayat kau kan...)..Kalu previous n3  aku tunjuk cara-cara buat Asam Pedas...N3 kali ni pulak aku nak tunjuk cara-cara buat asam rebus...sangat senang buat asam rebus..main campak-campak, rebus n siap...sonang kan????(tolong angguk okey..~_~ )...Bagi aku lebih kurang je asam rebus dengan asam pedas..perbezaan, hanya tumis (asam pedas ) dan rebus (asam rebus )

Bahan-bahan:-


Cili padi (kuantiti ikut suka-suka hati korang), kunyit hidup sedikit, bawang putih, bawang merah or bawang besar



Ikan, kacang panjang, bunga kantan

Cara-cara:-
 
 
Tumbuk lumat cili padi, bawang, kunyit...(nak blend pon okey..)
 
 

 Masukkan bahan tumbuk, letak asam keping satu..kalu korang pencinta masam letak ikut suka-suka hati korang  (^_^)y


Letak air secukupnya, n perasakan dengan garam...sila rebus sampai mendidih n masak


Siap!!!! okey boleh hidang..makan bersama nasi..sedap sampai meleleh peluh okey...

~ SELAMAT MENCUBA ~

^_^



Tuesday, 7 January 2014

Cara Buat Sambal Belacan


Ohoiiiiiiii...sambal belacan???? ye tu sambal belacan...tak melayu la weh tak kenal sambal belacan..penyedap makanan yang sangat glemer di kalangan orang Melayu..Memang rugi tak dapat makan sambal belacan..kurang nikmat makan sebagai orang Melayu..Tapi tak semua boleh makan sambal belacan sesuka kehendak tekak..Orang itu, adalah aku..aku sekarang ni tak berapa boleh makan sambal belacan...kalu makan tak berhenti bersin..gatal-gatal habis muka ni..huhu..Orang makan terpaksa jeling ekor mata je...sambil hidung kempang kempis tanda sayu, sedih, geram dan tensen..(hahaha..giler..T_T )...Okey lah jom tengak cara mak aku buat sambal belacan..

Bahan-bahan :-


Jangan panggil sambal belacan jika tiada 'belacan', cili padi, limau kasturi....Sambal belacan ni pon banyak jenis, ade yang letak tomato, mangga muda, buah bacang, buah binjai, belimbing buluh, ikan bilis, bawang putih @ merah...dan macam-macam lagi..Tapi yang aku tunjuk ni basic sambal belacan..korang boleh olah ikut kretiviti n selera korang ye..

  • Tumbuk cili bersama belacan terlebih dahulu agar tak lah terpercik biji cili masuk mata..nanti tak pasal-pasal merangkak-rangkak cari air...
  • Belacan haruslah dibakar terlebih dahulu..ada jugak aku tengok orang goreng..ikut koranglah..kalu aku tak payah bakar dan goreng pon okey..hihi (dasar gelojoh kau kan..:P)
  • Bila cili hancur (jangan lah lumat sangat tak best) , masukkan gula sikit dan air limau..n tenyeh penuh perasaan..hahah..(ikut citarasa korang, aku tak suka sambal belacan manis nak gila.. -_- ) 


Tarraaaaaa...siap..boleh makan bersama nasik panas..bersama lauk pauk lain..kalu mampu nak makan dengan nasi saja okey..tak masalah..hahahah..


~ SELAMAT MENCUBA ~

Cara Mudah Masak Asam Pedas

Assalamualaikum...ehem..ehem..bertemu lagi kita..setelah lama aku meng'anak tiri'kan blog aku..rasa busy bebenor sejak kebelakangan ni..punyalah bz, sampai aku sendiri pon tak tahu apa yang aku sibukkan..Sekali lagi, n3 aku pasal makanan..hmmm..sebenarnya, aku kekeringan idea nak ber'3D Origami' apa...Apa yang aku buat semua tak berkenan dimata mahupun di hati..(T_T)..kalu korang ada idea...mohon cadangkan..Okeylah, n3 kali ni pasal Asam Pedas...cakap pasal pedas, banyak sangat version asam pedas ni, ada yang letak daun kesum, ada yang letak bunga kantan,serai, and macam-macam lagi..Tetapi 'Asam Pedas' style aku....letak daun limau purut..Motif???? jawapan :- suka hati kita hokey..hahaha..Bagi yang berminat, semoga tutorial ini dapat membantu ye..

Bahan-bahan :-


  1. Cili kering + bawang putih + bawang putih -----> blender (cili kering itu haruslah korang rebus dulu)
  2. Ikan..(jenis ikan ikut suka-suka hati korang..aku?? pakai ikan siakap )
  3. Daun limau purut..(ambil daun je okey, kalu amek batang boleh bisu  dan berdarah kerongkong korang..hahahaha..)
  4. Tomato (ikut suka)
  5. air asam jawa, garam secukup rasa 
# ada yang letak belacan, tapi aku tak boleh la makan belacan sangat..mahu merompong hidung ini #

 cik ikan bersama cik daun limau purut...:P



Cara-cara :- 


 Panaskan minyak..dan tumis cili kisar sampai garing........


Masuk daun limau purut + air asam jawa (ikut tahap kepekatan dan kemasaman kuah yang korang suka...aku? suka sedang-sedang saja..:P )



Masuk ikan + tomato n sayur ikut kehendak korang..n perasakan dengan garam cukup rasa (asam pedas kali ini sangat sempoi..selalu suka letak bendi n terung..tapi..tomato je ado...)..bila mendidih n ikan masak, boleyla hidangkan dengan nasik panas-panas..

senangkan????( sila angguk tanda setuju...sila angguk laju-laju tanda setuju + gembira )

<SELAMAT MENCUBA KORANG>

~ TATA ~

Sunday, 5 January 2014

Penyakit Malas Melanda Diri

Asslamualaikum...Salam sejahtera..sudah beberapa hari blog ini tidak update...tuan blog telah dihinggapi penyakit malas...sangat kronik penyakit ku ini...semua aku malas..nak memotong kertas, nak melipat kertas, apetah lagi nak ber '3D origami"..Giler punya malas..Betol lah kata orang penyakit yang tak ada ubat, adalah penyakit malas..Bukannya aku tak cuba rawat penyakit ni, tapi serius tak jumpa ubat weh...-_________-.
Tapi..yang pelik satu benda ni yang aku tak malas nak buat..Hhmmmm..Jom tengok satu-satu nya kerajinan aku ketika ini...












Hahaha...giler tak rajin kalu wat benda ni..hari-hari mau..^_^

Okey korang jumpa next n3...
~ Bye ~
(^_^)y

Thursday, 2 January 2014

Cara Cepat dan Mudah Buat Cili Jeruk

Ehem-ehem...sambil menyedut aiskrim terasa sangat nyaman, sejuk..sehingga hujung telinga..hahaha..Seperti gambar diatas,  cili jeruk adalah penyedap makanan yang diperbuat daripada cili padi yang dijerukkan. Cili jeruk ni memag stok wajib ada dirumah aku..sebab???mak aku suka makan nasi + ikan goreng bersama cili jeruk, makan maggi juga dia mesti makan bersama cili jeruk..pendek kata makanan ini sinonim dengan mak aku..

Bahan-bahan  :-
  • cili padi
  • seulas bawang putih
  • sehiris halia
  • cuka secukupnya
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara :-

  • basuh cili padi, bawang putih, halia
  • masuk dalam bekas + garam gula + cuka secukupnya


Makan mee goreng bersama cili jeruk sangat sedap..

~ SELAMAT MENCUBA ~

Bye...^_^

Cara-cara Mudah Buat Kuih Kasui/Kaswi

Siapa suka makan kuih kasui???? angkat kening.....hahaha...kuih kasui merupakan kuih tradisi yang sangat mudah dibuat..bahan-bahan nak buat kuih ini sangatlah sempoi..tak payah telur..Rasa kuih ini sangat la sedap..Kuih ini adalah kuih kecintaan tekak aku..( hmm apa sahaja yang tak sedap kat tekak kau kan   -_-). Kuih ini aku suka makan sejuk-sejuk..memang best..setakat  5 ketol seperti gambar diatas, 'ilek-ilek' je wa telan derrr..(samseng sangat kau kan..lempang kang..:P )

Bahan-bahan :-

 Daun pandan (ehsan Uncle Google kite )

 Tepung gandum 1 cawan + 1 sudu tepung ubi


Gula 1/2 cawan


1/2 cawan gula merah


 2 cawan air


Ini bahan turun temurun dari arwah nenek saya, 'kicap' - 2 sudu besar
(jangan tanya motif bahan ini diletak, aku selalu tengok mak aku letak..so sebagai anak, aku follow je..untuk menambahkan kesedapan kuih ini gamaknye)

Cara-cara :-

  • korang larutkan secawan air dengan gula merah + gula pasir.
  • korang harus potong kecil daun pandan untuk diblender (pastikan basuh sebersih-bersihnya).
  • korang blenderkan daun pandan + secawan air (bancuh ngan sedikit kapur sireh,hujung sudu je..menunjukkan sangat sedikit penggunaan kapur :P) + secawan larutan gula merah dan gula pasir, tepung gandum + tepung ubi.
  • blend sampai halus dan tapiskan.
  • Sila tapis elok-elok, dan kukus sampai masak.


Tarraaaa...dah siap tunggu sejuk dan gaul bersama kelapa parut (sila gaul kelapa bersama sedikit garam untuk menaikkan kelemakan kelapa,dan menambah kesedapan kuih itu )


Malam ini sangat panas..so jom makan 'aiskrim Malaysia', stok yang tak pernah putus dalam freezer..maklumlah kita penjual aiskrim..hihi  ^_^

 Bye
~ (^_^)y