http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Tuesday, 7 January 2014

Cara Mudah Masak Asam Pedas

Assalamualaikum...ehem..ehem..bertemu lagi kita..setelah lama aku meng'anak tiri'kan blog aku..rasa busy bebenor sejak kebelakangan ni..punyalah bz, sampai aku sendiri pon tak tahu apa yang aku sibukkan..Sekali lagi, n3 aku pasal makanan..hmmm..sebenarnya, aku kekeringan idea nak ber'3D Origami' apa...Apa yang aku buat semua tak berkenan dimata mahupun di hati..(T_T)..kalu korang ada idea...mohon cadangkan..Okeylah, n3 kali ni pasal Asam Pedas...cakap pasal pedas, banyak sangat version asam pedas ni, ada yang letak daun kesum, ada yang letak bunga kantan,serai, and macam-macam lagi..Tetapi 'Asam Pedas' style aku....letak daun limau purut..Motif???? jawapan :- suka hati kita hokey..hahaha..Bagi yang berminat, semoga tutorial ini dapat membantu ye..

Bahan-bahan :-


  1. Cili kering + bawang putih + bawang putih -----> blender (cili kering itu haruslah korang rebus dulu)
  2. Ikan..(jenis ikan ikut suka-suka hati korang..aku?? pakai ikan siakap )
  3. Daun limau purut..(ambil daun je okey, kalu amek batang boleh bisu  dan berdarah kerongkong korang..hahahaha..)
  4. Tomato (ikut suka)
  5. air asam jawa, garam secukup rasa 
# ada yang letak belacan, tapi aku tak boleh la makan belacan sangat..mahu merompong hidung ini #

 cik ikan bersama cik daun limau purut...:P



Cara-cara :- 


 Panaskan minyak..dan tumis cili kisar sampai garing........


Masuk daun limau purut + air asam jawa (ikut tahap kepekatan dan kemasaman kuah yang korang suka...aku? suka sedang-sedang saja..:P )



Masuk ikan + tomato n sayur ikut kehendak korang..n perasakan dengan garam cukup rasa (asam pedas kali ini sangat sempoi..selalu suka letak bendi n terung..tapi..tomato je ado...)..bila mendidih n ikan masak, boleyla hidangkan dengan nasik panas-panas..

senangkan????( sila angguk tanda setuju...sila angguk laju-laju tanda setuju + gembira )

<SELAMAT MENCUBA KORANG>

~ TATA ~

No comments:

Post a Comment

Post a Comment