http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Sunday, 16 February 2014

Siput Mentarang Bercili aka Sambal Siput Mentarang

Assalamualaikum....ye sekali lagi n3 pasal makanan okey..harap korang tak muntah air tengok aku share n3 makanan..hehehe...Idea berorigami aku memang ke laut..Sebelum itu, aku nak introduce kat korang apakah haiwan ini...Nama haiwan laut ini adalah Mentarang..Siput Mentarang ini adalah sejenis kerang-kerangan macam Kerang, Pepahat, Kepah dan sewaktu dengannya..Mentarang hanya boleh didapati di pantai yang berselut..Siput Mentarang ini mempunyai kulit nipis..senang sangat haiwan ini nak pecah..Mentarang ni aku beli di Pantai Remis, Kuala Selangor..Bagi yang tak pernah makan Mentarang, rasa haiwan ini sedap macam kerang,kepah, kupang,dan seangkatan dengannya..sorry lah..aku tak pantai nak explain rasa dia...yang aku tahu sedap gilos..rebus gitu-gitu je dan cicah air asam memang terangkat..heheh..


Ini rupa Siput Mentarang yang masih berlumpur dan berselut..Cara nak cuci, korang boleh pakai berus sabut..Kalu korang mampu boleh gosok dengan jari jemari..nescaya hancurlah jari nati..huhu..Kulit Siput Mentarang ini nipis tapi tajam..harus korang gosok dengan beru okey..


 Bila sudah siap mandi dan sental segala, terus haiwan ini bertukar menjadi putih berseri..hihi..


Mentarang tadi aku masak bercili separuh dan rebus titik serai separuh..Rasanya tidak perlu lah aku share resipi cara masak ..setakat masak sambal, rasanya semua sudah tahu..hihi..
(dasar pemalas...-__- )..


Nah...begini rupanya 'Mentarang Bercili' aka 'Sambal Mentarang'..sedap weh...tak tipu..bagi yang belum pernah makan Mentarang..sila usaha cari segera..nescaya korang akan berpuas hati tahap nak lompat bintang..hahaha..Okey,sampai sini je n3 kali ini..kita jumpa next n3..

~SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN~
(^_^)Y

Saturday, 15 February 2014

Cara Buat Tapai Pulut

Assalamualaikum...jumpa lagi..ye sekali lagi n3 kali ini bukan pasal 3D origami..0hoiiiii..aku takda idea nak ber'3D Origami'..kalu lipat kertas pon, dalam keadaan tiada arah tuju..terkapai-kapai dalam kebuntuan (AaaHaaa..kau dah kenapa ayat macam mintak kena lempang...:P )..Daripada aku biarkan blog ni sunyi sepi tanpa sebarang n3 origami..jadi,aku pon share lah kat korang hobi aku yang lain..Hari ni tuan belog rasa nak share cara nak buat tapai..senang gilos buat tapai..Ekceli, tapai pulut ni mak aku yang buat,aku hanya bertindak sebagai runner je..hahaha..penat weh jadi orang suruhan ni..Mak aku style dia kalu nak masak ke ape..dia akan 'duduk dan arah'..semua bahan nak sedia depan mata..Kalu nak masak asam pedas, kenalah kita ni sedia semua..dari siang ikan sampailah bahan tumis  (bajet chef sangat mak aku..hahaha)....Sabor je lah kan...(^_^)y

~Sesi meluah perasaan dah tamat..hahaha..jom tengok cara buat tapai..

Sekilo beras pulut korang rendam semalaman..dan korang perlu kukus sampai masak ye..jangan mentah..JANGAN letak garam or apa-apa..


Bila sudah masak lembut dan gebu...transfer pulut ke dulang untuk disejukkan..kena sejukkan betol-betol...sepanjang proses buat tapai kebersihan sangat penting..(mak aku pesan petua nak tapai sedap n manis mesti sentiasa selawat dari mula basuh beras pulut sampai bungkus)..tapi bagi aku bukan buat tapai je..semua benda kena gitu...hihi:p....Bila betul-betul sejuk boleh taburkan serbuk ragi (sebiji ragi sebesar duit 50sen) dan gaul rata ..sorry aku lupa amek gambar ragi..korang boleh tanya 'Uncle Google' okey.Ragi boleh dapat kat pasar..

Step seterusnya..bungkus pulut yang dah digaul serbuk ragi..ikut koranglah nak bungkus pakai apa..kalu pantai timur selalu bungkus pakai daun getah..disebabkan takda daun getah..daun pisang pon okey..kalu nak letak dalam bekas plastik kecil pon okey..ikut suka-suka hati korang ye...^_^



 Bungkus begini haaaaaa :P

Bila siap bungkus..korang letak dalam bekas bersih..bungkuskan bekas itu dengan kain bersih..dan peram 2 or 3 hari


Selepas dua tiga hari...tapai pulut pon siap..SENANGKAN????(angguk laju-laju tanda setuju..hihi) manis gilos tapai ini..sedap makan sejuk-sejuk..nyaman rasa anak tekak..heheh

~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y

Friday, 14 February 2014

Cara Buat Rendang Ayam Cepat dan Mudah

Assalamualaikum...lama jugak rasanya tak update blog..fuuuhhh..fuhhh..fuhhh...(aku tengah tiup sawang okey...baru dua tiga hari dah bersawang..:P )...Rendang????ye rendang...tak melayu lah.. tak kenal rendang..Rendang salah satu makanan tradisi melayu yang sangat fofular, lebih-lebih lagi time Umat Islam menyambut 'Hari Raya Aidilfitri'..Punyalah popular dan sinonimnya rendang dengan orang Melayu + Hari Raya, sampai lagu pon cakap pasal rendang..Rendang yang aku share dalam blog ini adalah rendang biasa...Kalu tanya aku, aku lagi suka rendang cili api, lagi terangkat..hahaha..hokey, sesi membebel dah tamat...:P



 Untuk buat rendang ayam, ofcoz la kena ada ayam..kalu pakai itik, jadi rendang itik..hahaha




bahan kisar - cili kering+halia+kunyit+bawang merah bawang putih+lengkuas





Serai pon kisar jugak..baru best rendang itu...aku suka ratah serat-serat rendang..sedap weih sapu kat roti..







 Bahan racik - daun kunyit , daun limau purut tak perlu racik




 Asam jawa dan kerisik




Santan - ikut koranglah nak pakai yang segar dari ladang ke tak..aku?pakai yang hado je..
 

cara buat-
  • korang campak sume bahan kisar + santan...masak sampai agak kering air 
  • masukkan ayam..kerisik..asam jawa..masak la sampai masak..(ikutla tahap kepekatan kuah yang korang nak)
  • letak garam gula cukup rasa..letak daun kunyit+daun limau purut, kacau rata
  • hidangkan..
# senangkan buat rendang..main campak-campak je..tahu-tahu jadi..

Okey korang ni sahaja n3 kali ini..berjumpa next n3..

~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y

Sunday, 9 February 2014

Cara Mudah Buat Kuih Cara Jagung Lemak Manis Lagi Sedap


 
Assalamualaikum...berjumpa lagi..kalu previous n3 aku share cara buat 'Kuih Cara Berlauk'..kali ini tuan belog rasa nak berkongsi lagi..Entahlah kenapa tetibe suka pulak makan kuih ini..Kuih cara kali ini adalah 'Kuih Cara Jagung Lemak Manis Berkrim Disukai ramai'(hahaha psiko sangat tuan velog)..Aku berbesar hati nak share dengan korang sebab bagi aku kuih ini sangat sedap, dan wajib dikongsi..haha..Cara nak buat kuih cara jagung ini amatlah senang (pejam mata je wa cakap lu derr..-__-)..


 Untuk Batter, sila rujuk N3 lepas ye kengkawan..;P


Untuk buat kuih cara jagung ofcoz lah kena ada jagung..daaaaannnnn gula..


Cara buat pon sama macam buat  kuih cara berlauk..beza! bila agak-agak tepi batter dah mula masak, korang boleh letak gula (tak perlu banyak,jagung dah manis..)..setelah  letak gula biar kejap dan masukkan jagung..tunggu sampai masak.


 Nah...begini caranya mau bikin cara berlauk (tetiba jadi minah hendon..-_- )


Tarrraaaaa....siap sudah..sangat sedap..banyak ni, lek-lek je wa makan...hahaha..Selamat Mencuba..Okey kita jumpa next n3 hokey.


(^_^)y.

Thursday, 6 February 2014

Cara Mudah Buat Kuih Cara Berlauk Lembut lagi Sedap

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia (comey tak kak ton...haha..)..n3 kali ini tuan velog nak share 'Cara-cara Buat Kuih Cara Berlauk Paling Mudah, Lembut, dan Sedap Gilos' hahaha..Kalau sebut kuih cara berlauk mesti semua orang tahu..Kuih Tradisi Masyarakat Melayu yang sangat sedap ( apa je yang tak sedap kat tekak aku kan...:P.) Kuih Cara Berlauk yang sedap, apabila kuih nya lembut dan intinya sedap..kalu keras memang putus selera makan..hahaha..Walaupun korang biasa sangat dengan pembuatan kuih ini..aku tetap tak fedulik..tetap aku kongsi resipi nye..hahaha..korang akan berpuas hati dengan kesedapan kuih ini..

Bahan-bahan inti


Cendawan tiram, bawang merah,bawang putih  dan cili padi (korang dice halus-halus okey...)

 
 Danging Lembu + Daging ayam..(cincang halus)


Cara-cara :-


Tumis bawang merah+bawang putih+cili padi..bila garing sikit masukkan ayam dan cendawan..perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit serbuk kari (serbuk kari hujung-hujung sudu cukup..tak nak rasa kari sangat)


 Tarrra...siap suda lauk bagi kuih cara..(^_^)

Batter:)


 1cawan tepung (aku sukat pakai mangkuk kecik ni..ikut korang la nak guna bekas camne )
+
telur ayam sebiji (sori takda pic telur)


 1/2 cawan santan pekat 


 2 1/2 cawan air


Masukkan semua dalam blender+garam cukup rasa dan zzeekkkkkkkkkk (bunyik blender..:P ) sampai sebati..
 Inilah hasilnya..(kalu korang suka kaler kuning sikit boleh letak kaler kuning..aku??suka putih..:p )


Cara-cara buat :-


Tidak cara kuih cara kita tanpa aciuannya..(Psssttt aku suka pakai acuan ini..melekat lasung weh..tak payah sapu minyok..)


Letak batter..jangan penuh sangat ye..biar seketika..agak-agak tepi dia suda masak....korang boleh letak lauk.


Masak dengan api yang perlahan...


Nah!!!!! sepinggan hentak kuih cara berlauk....sangat sedap kuih cara ini..lembut..lemak..lauknya yang pedas terangkat...Okey..ni sahaja n3 kali ini..jumpa next n3..



~SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA~

(^_^)y


Monday, 3 February 2014

Amigurumi

Assamualaikum...berjumpa lagi..kali ini tuan velog tak share pasal makanan or 3D origami...N3 kali ini rasa macam nak letak warna warni kebendaan ni..'amigurumi'..sebenarnya aku masih tak berapa pandai nak buat amigurumi,setakat syok-syok sendiri okeylah..hahaha..walaupun amigurumi aku memang tak 'cantik menarik  tertarik kau memang debommm'..tak pedulik!!nak letak jugak..okeylah jom layan gambrazz..

hajat hati mahu jadikan kebendaan ini keychain..


Masa buat ni, aku masih dalam keadaan tak berpuas hati dengan rupa bentuk..rasa huduh sangat..huhu
rasa tak puas hati, makin menebal bila kritikan para pengadil dalam rumah semuanya mengeji, menghina, mengutuk hasil tangan aku..bukan sikit-sikit hinaan dorang...terduduk-duduk aku kena kritik..hahah


Yang ni..menepati citarasa tuan belog..tanya para pengadil..rata-rata dorang suka..Terus guling-guling happy...hahaha


Eerrrrrrrr ...


 (^_^)y


Okeylah korang..ni je n3 kali ni..kita jumpa next n3..dengan warna warni yang lain...
(^_^)y

Sunday, 2 February 2014

Cara Mudah Masak Ikan Patin Tempoyak ~ Temerloh Mari

Assalamualaikum...Ohoiiiiii..Makan tengahari apa kita harini..?? hahaha....hari ini, tuan belog rasa happy tahap seperti mau lompak bintang..yippi..yippi...Sebab tengahari ni tuan belog makan sedap gilos..'Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak'..Sebenarnya pakcik aku dari pahang datang bawak ikan patin..Ikan Patin Temerloh memang lah sedap..Compare dengan ikan patin yang kebiasaan beli di pasar agak berbau lumpur..kita basuhlah macam mana pon..tapi bau lumpur still hado..Kalu ikan patin temerloh memang tak berbau lasung..malah lemak berkrim disukai ramai..( haruslah memuji kampung sendiri weh....hahah)..Aku kalu ikan patin lain tak berapa nak makan disebabkan ke'bau'an lumpur..(TAPI kalu lapar aku sebat je..hi..)..Okeylah, sesi bermonolog tamat..jom tengok resipi yang giler senang...

Bahan-bahan :-

 Ikan Patin


  • cili padi, kunyit hidup, lengkuas, tempoyak - korang kisar lumat
  • serai ketuk, daun kesom, tomato, bunga kantan dan timun masak (aku letak timun biasa)



Cara-cara :-


Korang masukkan bahan kisar + serai, tomato, daun kesom, bungan kantan dan timun bersama ikan patin..Letak air sikit (agak-agak korang janganla sampai melaut..:p ).Rebus sampai mendidih, letak garam secukup rasa..dan boleh hidang bersama nasi panas-panas..

# aku tak letak asam keping sebab tempoyak dah masam..tapi kalu korang suka masam, boleh letak asam keping ikut selera korang #

 Sedapnyehhhhhh


 ^_^



Okeylah sampai sini sahaja N3 kali ini..kita jumpa next n3..

~SELAMAT MENCUBA~

(^_^)Y