http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Thursday 6 February 2014

Cara Mudah Buat Kuih Cara Berlauk Lembut lagi Sedap

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia (comey tak kak ton...haha..)..n3 kali ini tuan velog nak share 'Cara-cara Buat Kuih Cara Berlauk Paling Mudah, Lembut, dan Sedap Gilos' hahaha..Kalau sebut kuih cara berlauk mesti semua orang tahu..Kuih Tradisi Masyarakat Melayu yang sangat sedap ( apa je yang tak sedap kat tekak aku kan...:P.) Kuih Cara Berlauk yang sedap, apabila kuih nya lembut dan intinya sedap..kalu keras memang putus selera makan..hahaha..Walaupun korang biasa sangat dengan pembuatan kuih ini..aku tetap tak fedulik..tetap aku kongsi resipi nye..hahaha..korang akan berpuas hati dengan kesedapan kuih ini..

Bahan-bahan inti


Cendawan tiram, bawang merah,bawang putih  dan cili padi (korang dice halus-halus okey...)

 
 Danging Lembu + Daging ayam..(cincang halus)


Cara-cara :-


Tumis bawang merah+bawang putih+cili padi..bila garing sikit masukkan ayam dan cendawan..perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit serbuk kari (serbuk kari hujung-hujung sudu cukup..tak nak rasa kari sangat)


 Tarrra...siap suda lauk bagi kuih cara..(^_^)

Batter:)


 1cawan tepung (aku sukat pakai mangkuk kecik ni..ikut korang la nak guna bekas camne )
+
telur ayam sebiji (sori takda pic telur)


 1/2 cawan santan pekat 


 2 1/2 cawan air


Masukkan semua dalam blender+garam cukup rasa dan zzeekkkkkkkkkk (bunyik blender..:P ) sampai sebati..
 Inilah hasilnya..(kalu korang suka kaler kuning sikit boleh letak kaler kuning..aku??suka putih..:p )


Cara-cara buat :-


Tidak cara kuih cara kita tanpa aciuannya..(Psssttt aku suka pakai acuan ini..melekat lasung weh..tak payah sapu minyok..)


Letak batter..jangan penuh sangat ye..biar seketika..agak-agak tepi dia suda masak....korang boleh letak lauk.


Masak dengan api yang perlahan...


Nah!!!!! sepinggan hentak kuih cara berlauk....sangat sedap kuih cara ini..lembut..lemak..lauknya yang pedas terangkat...Okey..ni sahaja n3 kali ini..jumpa next n3..



~SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA~

(^_^)y


No comments:

Post a Comment

Post a Comment