http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Friday, 31 January 2014

Cara Mudah Buat Asam Gupal Bintang Hati

Assalamualaikum....Gong Xi Fa Chai...hahaha..Sudah lama rasanya tuan velog tidak update blog..cuti tahun baru cina ni, tuan belog rasa teringin nak makan "Asam Gupal"..Bangun je tidur, lepas mandi segala terus bersemangat waja buat kuih sedap ini..Tengah mak aku sibuk masak bagai, aku pon sibuk buat asam gupal,naseb tak kene ketuk dengan senduk..hihi.. ( jangan pelik, rumah aku memang style makan awal.pukul 11 dah siap masak lauk bagai hehe )..Asam Gupal, Sang gupal, or apa sahaja yang orang panggil tapi ini tetap kuih yang sama.."Asam Gupal" adalah satu lagi jenis kuih tradisi pantai timur yang giler sedap..(apa je yang tak sedap kat tekak kau kan...-___- )..Okey jom tengok cara-cara buat Asam Gupal


Inti Asam Gupal

 Bahan-bahan :-
  • secawan kacang hijau
  • gula & garam secukupnya
  • tepung gandum sesudu kecil
Cara-cara :-
  • rebus kacang hijau sampai empuk
  • bila sudah empuk dan air mula kering, masukkan gula, garam secukupnya
  • masukkan tepung supaya paste kacang hijau sedikit kental
  • keluar dan sejukkan (sedia untuk digunakan )

Bahan-bahan sagu dan Kuah Asam Gupal

 Sagu ikut banyak mana korang nak buat..aku pakai secawan sagu putih dan secawan sagu hijau


 Basuh sagu dengan air biasa, dan toskan

 Korang boleh bentukkan sagu ikut citarasa korang..aku terajin sikit harini, so buat bentuk bintang hati..gilos comel (-_-)..korang kukus sampai masa masak..nak tahu masak, bila warna sagu cerah n jernih..


 Kuah Asam Gupal
  • santan 
  • halba secubit 
  • bawang merah 2 biji ( mayang halus )
  • sericih halia (mayang halus )
  • daun pandan ( aku tak letak..sebab??? takda hokey..)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  • masukkan semua bahan dan masak sampai mendidih..jangan lah sampai pecoh minyok..hihi
  • masukkan sagu yang sudah masak tadi, kacau rata..dan sedia dihidangkan
# Asam Gupal sedap makan sejuk-sejuk..kalu korang mampu makan la panas-panas..haha..tapi bahaya weh makan panas-panas bisu nati..hihi..

Ini nama hati hijau..:P



 Asam Gupal Bintang Hati


 lagi....^_^


  


Okey korang, sekian n3 kali ini..kita jumpa next n3 dengan warna warni yang lain..

~SELAMAT MENCUBA~

(^_^)Y

No comments:

Post a Comment

Post a Comment