http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Wednesday, 19 February 2014

Cara Masak Sayur Batang Keladi Masak Asam

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...hai korang..Siapa suka makan sayur batang keladi masak asam?????sila angkat kening laju-laju..haha..Semalam mak tuan belog masak sayur batang keladi, jadi haruslah tuan belog share resipi nye ye tak...Sekarang ni, senang je nak cari sayur ni..tapi kena rajin-rajinlah pergi pasar..kalau kat pasaraya macam tak berapa nak ada..Cuma satu saja lah, kalu naseb tak baik terbeli sayur batang keladi yang gatal..walaupun dah celur dengan asam keping atau petua-petua lain...Pernah lah jugak aku terbeli batang keladi gatal..bila makan terus rasa gatal kat tekak, rasa nak meraung-raung gatal...huhu..Tapi sayur batang keladi yang mak tuan belog masak ni confirm tak gatal, sebab kita orang ambil dari rumah mak sedara di kampung..hahaha.Cara nak masak sayur batang keladi masak asam ni sangatlah senang...aku tengok mak aku main campak-campak je..Okey jom tengok resipi..

Sayur batang keladi celur bersama asam keping..Bila masak toskan..


Bahan kisar - cili kering, cili api, ikan bilis (pakai kiub pon okey), kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, lengkuas


 Bahan lain - serai ketuk, daun kesom dan asam keping


Cara masak- satukan bahan kisar bersama serai, daun kesom dan asam keping..letak air (air agak-agak, jangan melaut pulak ye..:P )..Rebus sampai mendidih..


Letak sayur batang keladi tadi..perisakan dengan  garam..Bila mendidih boleh angkat dan hidang untuk di 'NgAAAaaap' bersama nasik..hahaha


Wah....senangkan masak makanan lazat ini..cubalah!! mesti korang puas hati..Kalu ikut selera aku, aku makan dengan nasi panas bersama budu..wahhhhhhhh..sedap gilos tahap nak menangis...hoho..Okey ini sahaja n3 kali ini..kita jumpa next n3..korang tolong doakan idea berorigami aku mencurah-curah..rasa tepu dah otak ni nak buat 3d origami...hihi..

~ SELAMAT MENCUBA ~
(^_^)y





No comments:

Post a Comment

Post a Comment