Assalamualaikum....hai..hai..hai...jumpa lagi weh..Kali ini, aku masih lagi berkongsi n3 yang sama..pasal makanan..Laksam, salah satu makanan pantai timur yang sangat sedap..Makan bersama ulam-ulaman yang segar dan rangup, sambal belacan..pasti bertambah-tambah..Aku kalu makan laksam or laksa kuah gini, mesti tambah-tambah..setakat dua mangkuk, relek-relek je wa telan derrr...hahaha..Kalu ikut selera aku, aku suka letak banyak-banyak taugeh, kacang panjang, kacang botol...ala..senang cerita suka letak semua banyak-banyak hahaaha ( serius mintak kena lempang )..Bagi aku agak sihat jugaklah makanan laksam ni..sebab ada banyak ulam-ulaman, tiada tumis-tumis..sumber protien tinggi (ikan)..Cuma santan lah, agak berlemak gitu...(Cehwah..rasa macam pakar pemakanan pulak..:P )..
Okeylah, sesi merapu meraban dah tamat, laksam ni dibuat sepenuhnya oleh mak aku..Aku hanya bertindak sebagai runner je..Part yang aku paling suka bila buat Laksam, sambil buang tulang ikan, sambil itu ratah isi ikan rebus..paling best bila jumpa telur ikan..hihi..Untung jadi pembantu aka runner dapur ni, makan pon lebih...hahaha..Okey sekali lagi aku meraban..jom2 tengok resipi.
Bahan-bahan laksam :
- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 4 cawan air
cara buat :
- Bancukan semua bahan diatas
- panaskan pengukus, sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak (tujuan taknak bagi melekat)
- ambil sedikit adunan, tuang atas tudung periuk dan kukus (jangan banyak, kalu tebal tak sedap laksam nati)
- bila suda masak, angkat, biar sekejap dan gulungkan
- buat sampai habis :P
Bahan-bahan kuah Laksam
Ikan rebus bersama asam keping, aku pakai ikan kembung.
Asingkan isi ikan dari tulang..kisar isi ikan bersama air rebusan ikan bersama bawang merah, halia, lada hitam dan paste asam jawa..Tuang dalam periuk bersama santan, perisakan dengan garam..masak sampai mendidih (jangan pecah minyak).
# kuah ini jugak sesuai di makan dengan mee laksa#
Sambal :P
Cili padi, cili besar, belacan (bakar) limau
Tumbuk lumat
Sambal belacan berapi
Ulam-ulaman, ikut citarasa korang...Ulam yang kitaorang pakai adalah kacang panjang, taugeh mentah, timun, kacang botol, pucuk mengkudu siam, daun kesom (aku tak suka makan letak daun ini :p) dan terung pipit..Bagi aku, lagi banyak ulam, lagi sedap laksam..lagi berselera makan..haha
Letakkan semua bahan..dan siap untuk dimakan..Kalu ikut style pantai timur betol, dorang akan asing kan cili padi dan belacan..(tapi bagi aku lagi senang tumbuk sekali, macam tak sanggup nak letak belacan seketol dalam mangkuk..hahaha)..Cara makan laksam atau laksa kuah lemak ini, selalu nya pakai tangan..Kalu kat rumah boleh lah nak pakai tangan, kalu pergi majlis or kenduri tak sanggup i..hehehe..
Okey.. sekian N3 pasal laksam...
~ SELAMAT MENCUBA ~
(^_^)y
No comments:
Post a Comment