http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Friday 30 October 2015

Cara Mudah Buat Potato Wedges Ala KFC Sedap, Rangup dan Lembut

Asslamualaikum....hai hai huiiiiii....:)..Rasanya lama gilos tuan velog tak update velog..mesti ramai tertanya-tanya mana perginya diri ini (ko bajet ko popular...???? -_-). Aku bz sangat weh, sampai tak sempat nak jeling blog ini..banyak yang perkara yang terjadi menyebabkan aku terpaksa menganaktiri angkatkan velog ini..Okey lah, aku masih kering idea nak berblog..saja pagi ni nak share buat potato wedges ala KFC. Walaupun makanan cam bebudak tadika, aku tak kira!! nak share jugak...hoho..Sedap kau........sampai jilat tisu. Okey bagi yang berminat jom tengok cara buat 'kemakanan' yang lazat ini..:P

bahan-bahan:
  • kentang (ikut berapa banyak korang nak)
  • sebijik telur ( ambil putih sahaja)
  • tepung Seri Aji (ikut korang nak guna brand ape..tapi aku sangat mencadangkan seri aji ini----tolong lah tiru aku -______-)
Cara-cara buat:
  • basuh kentang ( sila cuci kentang nnda dengan penuh kegirangan, sambil bersiul-siul seperti burung comel..petua ini sangat membantu menyedapkan kentang anda *sila tiru*)
  • potong kentang (tak perlu buang kulit kentang, sebab rasa kulit itu sangat sedap..trust me!!!)
  • rebus kentang separuh masak (ketika kentang direbus, anak tekakku berbisik...''uiiiii..cukupkah??ade sosej baru care.."..lantas terus aku berlari mendapatkan sosej..'terima kasih anak tekak' :P)
  • angkat dan tos kan hingga kering
  • gaulkan dengan putih telur (kocok-kocokkan putih telur sikit)
  • golekkan dalam tepung tadi, dan goreng hingga kuning keemasan
  • angkat dan sedia untuk di'ngaaaam'
Sonangkan????Selamat mencuba korang...nanti free aku share lain ngan korang. Sehingga ketemu lagi yah..(tetibe rasa nak cakap indon plak..haha).

~bye~
(^_^)y