http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Thursday 8 May 2014

Cara-cara Buat Kuih Ketayap Mudah lagi Sedap

Assalamualaikum.....0oohooiiiii...lama sangat aku tak update velog ni...kesibukan yang melanda diri menyebabkan aku meng'anak'tirikan velog ini..haha..kali ini, sebagai pembuka tirai untuk sekian lama tak update blog, aku nak share kat korang 'cara-cara buat kuih ketayap'..Elehh...ape senang sangat?takda benda lain ke?setakat kuih ketayap pejam mate je weh....hahaha..korang kena paham, ni je yang mampu aku share..nak tepek resipi yang powers2 memanglah tak mampu..Sape suka kuih ketayap?aku suka giloss...sedap sangat...setakat 3 4 ketol..relek2 je aku telan..(wahh..rasa macam ular sawa pulak main telan-telan)..Okeylah, jom tengok cara-cara buat kuih ketayap lembut dan lemak berkrim disukai ramai ini..:P

Bahan inti :-

Korang memerlukan 1/2 biji kelapa parut..1/4 cwn gula pasir..1/4 cawan gula merah..garam secukup rasa..dan daun pandan untuk bau-bau..(kalu takda daun pandan pon takpa..:P )
cara-cara :-
Korang larutkan gula pasir, gula merah, dan garam + daun pandan dengan sedikit air dalam kuali..air tak payah banyak..just nak larutkan gula jek...bila gula dah larut, masukkan kelapa parut..dan kacau sampai sebati..jangan kering sangat,nanti berderai tak best kuih ketayap itu..haahha..


Nah...begini rupanya inti kuih ketayap..sila abaikan dan buang ke dalam tong sampah daun pandan sebesar penumbok itu..hanya untuk hiasan..


Cara buat batter kuih ketayap

Korang memerlukan secawan tepung gandum

sebiji telur ayam, 1 1/2cawan air (bagi yang nak guna santan sikit pon okey jugak, ikut selera korang..kalu aku gini pon okey dah.)..pewarna hijau (aku tak pakai sebab, sukatan air tadi aku blend dengan daun pandan..lagi asli gitu..:P)..korang masukkan semua + sedikit garam dalam blender dan zzeekkkkkk (bunyi blender okey..)..kemudian , panaskan kuali..dan dadarkan batter tadi..angkat..dan ulang sampai siap..letak inti dan gulunglah kuih ketayap sambil bersiul-siul..(eh pompuan tak baik siul..sambil nyanyi2 merdu..nescaya lagi sedap kuih itu )

Nah..begini kuih ketayap yang dah siap sedia untuk di'Ngaaappp'...haahha..hidangkan bersama teh 'o' panas..kalu seperti kuantiti diatas hanya untuk perut aku sahaja..sila buat manyak2 ..agar korang tak tarik-tarik rambut berebut kuih yang gilos sedap ini..Okey korang sekian untuk n3 kali ini...semoga kita berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment