http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Saturday 15 February 2014

Cara Buat Tapai Pulut

Assalamualaikum...jumpa lagi..ye sekali lagi n3 kali ini bukan pasal 3D origami..0hoiiiii..aku takda idea nak ber'3D Origami'..kalu lipat kertas pon, dalam keadaan tiada arah tuju..terkapai-kapai dalam kebuntuan (AaaHaaa..kau dah kenapa ayat macam mintak kena lempang...:P )..Daripada aku biarkan blog ni sunyi sepi tanpa sebarang n3 origami..jadi,aku pon share lah kat korang hobi aku yang lain..Hari ni tuan belog rasa nak share cara nak buat tapai..senang gilos buat tapai..Ekceli, tapai pulut ni mak aku yang buat,aku hanya bertindak sebagai runner je..hahaha..penat weh jadi orang suruhan ni..Mak aku style dia kalu nak masak ke ape..dia akan 'duduk dan arah'..semua bahan nak sedia depan mata..Kalu nak masak asam pedas, kenalah kita ni sedia semua..dari siang ikan sampailah bahan tumis  (bajet chef sangat mak aku..hahaha)....Sabor je lah kan...(^_^)y

~Sesi meluah perasaan dah tamat..hahaha..jom tengok cara buat tapai..

Sekilo beras pulut korang rendam semalaman..dan korang perlu kukus sampai masak ye..jangan mentah..JANGAN letak garam or apa-apa..


Bila sudah masak lembut dan gebu...transfer pulut ke dulang untuk disejukkan..kena sejukkan betol-betol...sepanjang proses buat tapai kebersihan sangat penting..(mak aku pesan petua nak tapai sedap n manis mesti sentiasa selawat dari mula basuh beras pulut sampai bungkus)..tapi bagi aku bukan buat tapai je..semua benda kena gitu...hihi:p....Bila betul-betul sejuk boleh taburkan serbuk ragi (sebiji ragi sebesar duit 50sen) dan gaul rata ..sorry aku lupa amek gambar ragi..korang boleh tanya 'Uncle Google' okey.Ragi boleh dapat kat pasar..

Step seterusnya..bungkus pulut yang dah digaul serbuk ragi..ikut koranglah nak bungkus pakai apa..kalu pantai timur selalu bungkus pakai daun getah..disebabkan takda daun getah..daun pisang pon okey..kalu nak letak dalam bekas plastik kecil pon okey..ikut suka-suka hati korang ye...^_^



 Bungkus begini haaaaaa :P

Bila siap bungkus..korang letak dalam bekas bersih..bungkuskan bekas itu dengan kain bersih..dan peram 2 or 3 hari


Selepas dua tiga hari...tapai pulut pon siap..SENANGKAN????(angguk laju-laju tanda setuju..hihi) manis gilos tapai ini..sedap makan sejuk-sejuk..nyaman rasa anak tekak..heheh

~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y

No comments:

Post a Comment

Post a Comment