http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Friday 31 January 2014

Cara Mudah Buat Asam Gupal Bintang Hati

Assalamualaikum....Gong Xi Fa Chai...hahaha..Sudah lama rasanya tuan velog tidak update blog..cuti tahun baru cina ni, tuan belog rasa teringin nak makan "Asam Gupal"..Bangun je tidur, lepas mandi segala terus bersemangat waja buat kuih sedap ini..Tengah mak aku sibuk masak bagai, aku pon sibuk buat asam gupal,naseb tak kene ketuk dengan senduk..hihi.. ( jangan pelik, rumah aku memang style makan awal.pukul 11 dah siap masak lauk bagai hehe )..Asam Gupal, Sang gupal, or apa sahaja yang orang panggil tapi ini tetap kuih yang sama.."Asam Gupal" adalah satu lagi jenis kuih tradisi pantai timur yang giler sedap..(apa je yang tak sedap kat tekak kau kan...-___- )..Okey jom tengok cara-cara buat Asam Gupal


Inti Asam Gupal

 Bahan-bahan :-
  • secawan kacang hijau
  • gula & garam secukupnya
  • tepung gandum sesudu kecil
Cara-cara :-
  • rebus kacang hijau sampai empuk
  • bila sudah empuk dan air mula kering, masukkan gula, garam secukupnya
  • masukkan tepung supaya paste kacang hijau sedikit kental
  • keluar dan sejukkan (sedia untuk digunakan )

Bahan-bahan sagu dan Kuah Asam Gupal

 Sagu ikut banyak mana korang nak buat..aku pakai secawan sagu putih dan secawan sagu hijau


 Basuh sagu dengan air biasa, dan toskan

 Korang boleh bentukkan sagu ikut citarasa korang..aku terajin sikit harini, so buat bentuk bintang hati..gilos comel (-_-)..korang kukus sampai masa masak..nak tahu masak, bila warna sagu cerah n jernih..


 Kuah Asam Gupal
  • santan 
  • halba secubit 
  • bawang merah 2 biji ( mayang halus )
  • sericih halia (mayang halus )
  • daun pandan ( aku tak letak..sebab??? takda hokey..)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  • masukkan semua bahan dan masak sampai mendidih..jangan lah sampai pecoh minyok..hihi
  • masukkan sagu yang sudah masak tadi, kacau rata..dan sedia dihidangkan
# Asam Gupal sedap makan sejuk-sejuk..kalu korang mampu makan la panas-panas..haha..tapi bahaya weh makan panas-panas bisu nati..hihi..

Ini nama hati hijau..:P



 Asam Gupal Bintang Hati


 lagi....^_^


  


Okey korang, sekian n3 kali ini..kita jumpa next n3 dengan warna warni yang lain..

~SELAMAT MENCUBA~

(^_^)Y

Friday 24 January 2014

3D Origami ~ Cute Little Mouse

Assalamualaikum.....Ohoiiiii..berjumpa kita lagi dalam belog yang penuh warna warni..(-____-)..Sudah lama rasanya aku tak update velog..lagi-lagi 3D origami, bukan apa..aku kekeringan idea untuk berkarya..(cehhh bajet karyawan lah sangat kan..:P )..Sebenarnya aku pon tak tahu apakah ke'haiwan'nan yang aku telah buat ini..tak da idea weh..nak kata kucing, tak rupa sangat..hasil soal selidik officemate aku, maka..aku dengan bangganye..menamakan haiwan ini sebagai ' si tikus yang comel'..hahaha...Okeylah..sesi bermonolog da habis..jom la jamu mata korang layan 3D origami ini....


Hello....cantikkan reben kita..pompuan sgt kite...:P


 ^_^


 Si Tikus bersama kengkawan...:p


 One more....:P


 lagi.....(^_^)y


  @_@



Okey korang sekian N3 kali ini..kita jumpa next n3 dengan warna warni yang lain..

~~ papai~~
(^_^)y

Sunday 19 January 2014

Cara Mudah Buat Pulut Lepa aka Pulut Panggang

Ohoiiii....Siapa suka makan 'Pulut Lepa'?????? angkat kening laju-laju...hahaha..Pulut Lepa aka Pulut Panggang adalah salah satu kuih tradisi kita..Yang aku nak share dengan korang style pantai timur...Kalu nak tanya pasal perbezaan pulut lepa pantai timur dengan negeri lain aku tak berapa tahu, sebab aku biasa makan pulut lepa  style pantai timur..hihi..Rasa nya perbezaan dia kat inti kot..kalu pantai timur inti die warna putih seperti gambar dibawah..


Inilah inti Pulut Lepa Pantai Timur

Bahan-bahan :-
  • 1 kg Ikan kembung / selayang
  •  Secawan santan pekat
  • bawang  merah 6 biji, halia 1inci,
  • 1sudu kecil halba (jangan banyak sangat okey)
  • garam cukup rasa
cara-cara..
  • rebus ikan bersama garam dan ambil isi
  • tumbuk bawang merah + halia + isi ikan sampai lumat
  • masukkan semua bahan yang ditumbuk dalam kuali, dan masukkan santan dan halba dan perisakan dengan garam 
  • masak sampai kering
  • sejukkan dan sedia untuk digunakan

# selain buat pulut lepa inti ini juga sesuai di buat kuih temosa dan kuih paung (kuih tradisi pantai timur )


Pulut Lepa
  • 2 cawan beras pulut rendam semalaman, tapi kalu nak cepat 3 jam cukup
  • kukus pulut hingga masak
  • masukkan 1/2 cawan santan pekat + garam cukup rasa dan gaul
  • kukus sekejap
  • angkat dan sejukakan, sedia untuk digunakan

 Layurkan daun pisang untuk bungkus pulut lepa..





 ~siap bungkus dan sedia untuk dipanggang~


 Taraaaaaa...siap


Makan panas-panas time hujan bersama teh 'O' panas memang sedap gilos....hehehe


~SELAMAT MENCUBA~

How To Make a 3D Origami Cat

Assalamualaikum korang...berjumpa kita lagi.. N3 kali ini bukan lagi pasal makanan..hahaha..hari ini tuan blog berbesar hati nak share 'Tutorial 3D Origami Cat'...Harap tutorial ini dapat membantu bagi mereka yang berminat....

Tutorial Kepala Kucing ~~~






 








 # Tapak untuk kepala 22pcs#


Tutorial Badan Kucing ~~~



 # Tapak badan kucing 15pcs #




~ Tarrraaaa ~

~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)Y

Friday 17 January 2014

Cara Mudah Buat Agar-agar Santan

Assalamualaikum korang...Lama jugak aku meng'anak tiri' kan velog ini...Penyakit malas melanda diri la..so nak buat camne..ubat penyakit malas memang tak ada..hehehe..Now ahkak dah rajin sikit update velog..Korang pernah makan agar-agar ni x? aku tak tahu nama die, yang aku panggil agar-agar santan..Ini adalah agar-agar 'temaghan' kita (kegemaran , saje nak mintak tampor kann..:P ). Masa kecik-kecik aku paling nyampah kalu mak buat makanan ni..rasa tak sedap sangat time tu..TETAPI, bila makin matang ni..tup2x suka giler pulak..kalu nak tahu ni batch kedua..yang 1st perasa gula merah..Sorry takda gambor..tuan blog gelojoh sampai tak hengat nak snap gambor...heheh..Nak buat die memang senang gilozzz..yela, aku memang suka benda yang senang-senang, kalu boleh..campak-campak sambil pejam mata dan tarrrraaa siap...(serius dasar pemalas kan..-________________- )...Bagi yang berminat jom tengok resipi...
 
 
Bahan-bahan :- 
 
Agar-agar..puas aku belek-belek pack dia, tak jumpa berapa gram..hmm..senang citer korang beli yang pek kecik,harga dalam 2 hengget...


Gula pasir dalam 1 1/2 cawan..air dalam 3 cawan..dan perasa yang korang suka...Aku???tetibe rasa nak comel-comel (ErrrKKKkk) terus kita pilih sirap...sebab nak tema pink...:P


Telur ayam sebijik, dan santan kelapa dalam setengah cawan (santan tu korang boh garam sikit eh,supaya datang kelemakan kat agar-agar korang..bila dah lemak rasa mesti sedap..dan bila sedap wajib makan banyak kali...hohoho )


Cara-cara :-




  • Basuh agar-agar
  • masak bersama air 3 cawan tadi sampai agar-agar larut
  • masuk gula dan daun pandan 
  • Bila gula dah larut, pelan kan api
  • Kocak telur bersama santan 
  • Padamkan api, cepat-cepat masuk bancuhan telur + santan kedalam larutan agar-agar, kacau pelan-pelan, dan tuang dalam acuan, bila suda sejuk korang boleh letak dalam peti ais kasi sejuk-sejuk, baru best nak makan hahaha..



Okey Selamat Mencuba
~ TATA~
(^_^)y