http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Monday 31 March 2014

Cara Buat Mee Chalong

Assalamualaikum korang....Salam Sejahtera korang..berjumpa lagi..macam biasa aku nak tepek pasal makanan lagi..ye aku tahu sudah lama aku tak tepek pasal 3D Origami..aku bz lah...takda masa nak potong lipat kertas..(kukuh sangat kan alasan itu..-_- )..takpelah, daripada aku biarkan  blog aku ni berhabuk, bersawang bagai...adalah lebih baik aku tepek pasal makanan..Maklumlah makanan kan kecintaan aku jugak..hahaha..weh korang!!pernah dengar tak pasal 'Mee Chalong'???? pernah makan????..Bagi yang tak tahu mee chalong ini adalah salah satu masakan pantai timur jugak lah..yang sangat popular dikalangan orang pahang area Beserah..Disebabkan mak kita asal sana, jadi aku sudah terlalu biasa makan makanan ini..Kalu masa kecik-kecik dulu nak makan mee chalong terpaksalah merayu-rayu kat mak buatkan..Sekarang kita dah besarlah..setakat mee chalong..pejam mata je der..hahaha..(giler takbur..)..Mee chalong ni lebih kurang macam mee sup je..perbezaannya terletak pada sup dan bola-bola ikan..senang citer mee sup ikan lah..Beserah kan kawasan pantai..so, banyaklah ikan..jadi banyaklah makanan berasaskan ikan..okeylah tamat sudah sesi penerangan..bagi yang berminat jom tengok cara buat mee chalong.. 

Bahan utama adalah ikan...ikut koranglah nak pakai ikan apa..aku pakai ikan kembong je..

Ikan tadi hendak diasingkan isi ngan tulang..(kaedah macam nak buat keropok lekor lah..)..kisar isi ikan sampai jadi seperti gambar di atas..jangan buang tulang ikan,sebab nak rebus buat sup..

Tepung jagung...untuk buat bola ikan,jangan letak banyak tepung jagung..agak-agak okey..kalu korang letak banyak nescaya liat lah bola ikan korang

Lada hitam untuk letak sikit dalam bola ikan dan dalam sup

daun sup dan daun bawang untuk letak dalam bola ikan dan sup ikan

satukan isi ikan yang dikisar, tepung jagung, garam, lada hitam dan daun bawang+daun sup...adunkan sebati..

Bulatkan isi ikan tadi jadi bola-bola seperti ini..

Nah.....begini rupa dia..kalu korang suka boleh letak macam-macam dalam bola...aku suka letak lobak merah dadu kecil..selain cantik..rasa dia pon sedap...rasa rangup-rangup lobak..

Ambil sedikit isi ikan tadi..sumbatkan dalam tauhu goreng

Bahan-bahan buat sup



Rebus tulang ikan..tapis tulang ambil air sahaja..dan boleh buat sup...Ohoiiiii..aku malas nak taip cara buat sup...hahah...aku mengandaikan korang tahu buat sup..hihi ..hmmm..senang citer korang rebus air rebusan ikan bersama rempah sup,seperti gambar diatas..masukkan bola ikan dan tahu..dan rebus sampai masak..perasakan dengan garam dan lada hitam..bawang merah,halia,bawang putih yang dihiris tadi korang goreng sampai naik bau...dan masukkan dalam sup tadi..masak sekejap..letak tomato dan daun bawang+daun sup...siapppppp...harap korang paham la ye..

Nah..siap untuk dimakan..weh..pesal pakai bihun ni..cakap mee chalong..hahaha..aku tak suka lah mee sup..so aku pakai bihun..makan bersama sambal kicap..memang terangkat...

#korang????nak bagitau ni..kalu korang tak gemar pakai ikan..korang boleh gantikan dengan ayam...cara nak buat bola ayam dan sup ayam sama je seperti gambar diatas..aku dah dua tiga kali buat pakai ayam..sedap jugak weh...dua-dua aku suka, ikan pon sedap..ayam pon sedap...hahaha#

~SELAMAT MENCUBA KORANG~
(^_^)y

Thursday 27 March 2014

Cara Mudah Masak 'Pisang Muda Masak Lemak'

Assalamualaikum....Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia...sampaikanlah salam..cintaku padanya..terima kasih...hahaha (gilos...-_-)..Semalam tuan blog tepek cara buat kuih tiram..Harini nak share makanan lain pulak..Bila lah aku nak tepek n3 origami pon aku tak tahu..Ohoiiiiiii..idea kurang,penyakit malas yang lebih nih..Harini rasa nak tepek masakan kampunglah..masakan kampung adalah kecintaan aku dan tekak aku..maklumlah kita kan orang kampung..sebenarnya makanan kampung ni adalah pembuka selera, lauk-lauk kampung digandingkan dengan nasik panas-panas..ada pulak sambal belacan, budu or cencalok, memang bertambahlah selera makan...'Pisang Muda Masak Lemak'..siapa suka?????aku suka gilos....hahaha..tapi kalu pisang muda masak lemak ni aku suka makan kulit dia je...:P...Okeylah jom tengok cara buat makanan yang serius sedap ini...haha..


Korang memerlukan pisang muda...siatkan kulit dan rendamkan dalam air sejuk supaya tak lebam..


lengkuas, bawang merah, kunyit hidup...aku memang masak lemak tak letak bawang putih..sebab???mak aku dah ajar gitu..kite follow je..tak nak derhaka gitu....hahaha

Cili padi..ikutlah tahap kepedasan korang..kalu suka pedas berdesing, sila letak sekilo...hahaha..

Ikan bilis sebagai penambah rasa..kalu korang suka pakai rencah lain okey jugak. takda hal punyalah..:)
* bawang ,lengkuas, bilis, cili padi dan kunyit hidup tumbuk lumat..kalu nak blend pon tak da masalah...


Jangan lupa santan lemak manis..

Cara-cara :-
- rebus pisang sampai empuk, angkat dan tos kan
- celur kulit pisang sampai lembut, angkat dan toskan
- masukkan bahan yang dah ditumbuk dalam periuk berisi sedikit air masak sampai naik bau dan mendidih..
- masukkan pisang dan kulit pisang tadi
- masukkan santan dan perasakan dengan garam..bila mendidih boleh angkat dan sedia untuk   dimakannnnnnn...

Senangkan????? (angguk plzzzzz....)..okey, sampai sini sahajalah n3 kali ini...kita jumpa next n3 okey...

~SELAMAT MENCUBA YE KENGKAWAN~
(^_^)y

Wednesday 26 March 2014

Cara Mudah Buat Kuih Tiram Rangup,Rapuh lagi Sedap


Assalamualaikum...Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia..hai korang..sudah lama rasanya aku tak update belog ni..kesian blog kita bersawang-sawang dah..hahaha..siapa suka makan kuih tiram???? kalu aku, aku suka kuih tiram ni, tapi aku suka yang nipis-nipis dan rangup-rangup dan tak bertepung sangat dengan gula..(sangat ngada-ngada tekak aku..-_- )..Selalu kalu beli kuih tiram ni memang tak berapa memuaskan hati, limpa, paru-paru dan tekak tuan belog..Tebal, keras, terlalu banyak gula dan tak rangup menyebabkan putus selera makan aku..haha..Disebabkan kuih ini kegemaran tuan belog, jadi harus try n error untuk hasilkan kuih tiram yang menepati piawaian tekak tuan belog..hahaha..Harini aku berbesar hati nak share cara-cara buat kuih tiram..walaupun rasanye semua orang dah tahu cara nak buat kuih yang giler senang ini, tapi aku tak kira..aku nak tepek jugak haha...Bagi yang belum pernah cuba, cubalah!!! (sila bagi perhatian tanda seru disitu..^_^ )

 
Korang memerlukan sekilo tepung..bagi aku tak banyak mana kalu sekilo tepung..pejam mata tahu-tahu habis..haha
Marjerin..aku pakai dalam 3 sudu besar..aku suka pakai brand pelangi..sebab wangi lah bau dia..


Bancuhkan air sejuk besama garam..(pakai air sejuk dalam peti sejuk)..supaya kuih tiram rangup...


Adunkan tepung, marjerin , SEBIJI TELUR (sorry lupa ambil gambar telur, bagi yang tak tahu rupa telur sila google..serius aku macam mintak kena lempang nih..haha), dan air..Uli sampai jadi doh, seperti gambar di atas...sila bulat-bulatkan  doh anda kepada bahagian yang kecil..

*aku pernah try bancuhan bersama santan kelapa bagi gantikan marjerin, tapi hasilnya tak berapa puas hati..jadi keras dan tak rangup dan rapuh *


Canaikan doh anda... untuk dapat kan kuih tiram yang berlapis-lapis yang banyak dan nipis..korang perlu canai doh  sampai nipis..semakin nipis anda mencanaikan doh, semakin rangup dan berlapis-lapis kuih tiram anda..(dah macam hipotesis sains la pulok...:P )

Korang perlu sedikan batter untuk disapu pada doh yang telah dicanai nipis tadi, korang bancuhkan tepung jagung bersama minyak..seperti gambar diatas..


Haaaaa...sapu bancuhan tepung jagung+minyak atas doh seperti gambar diatas...part ni aku paling suka..


Bila dah sapu rata bancuhan tepung jagung + minyak...gulung padat-padat doh tadi..semakin kecik dan padat gulungan doh, semakin rangup dan nipis tekstur kuih tiram anda..hahaha

 
Potong kecil gulungan doh tadi...seperti gambar ini...


Kemudian...canaikan seperti ini..masam nak roll gulungan kecil doh ini,  pastikan letak menegak..jangan roll atas jalur-jalur Tu...

Goreng sampai keemasan...ada orang suka goreng warna pucat-pucat..aku gemar kaler coklat-coklat sikit..
Bila dah garing, angkat dan tos kan..biar sejuk sikit dan taburkan gula icing..tahap kemanisan ikut citarasa korang okey..


Nah.....begini hasilnya...kuih tiram rangup krup krap krup krap...cubalah, InsyaAllah korang akan berpuas hati...hihi..

~SELAMAT MENCUBA YE..~
(^_^)y

Sunday 16 March 2014

Cara Mudah Buat Solok Lada / Sarok Lada

Assalamualaikum....ehem2,berjumpa kita sekali lagi..dalam n3 yang sama iaitu pasal makanan..yelah apa lagi yang mampu aku share selain daripada origami..Idea untuk berorigami memang kelaut, tak ketahuan nak buat apa..Kadang-kadang idea macam datang, tapi bila pikir nak memotong, melipat kertas bagai...terus aku malas...hahaha....Disebabkan idea untuk makan memang tak akan putus selagi bernyawa..maka dengan itu, berlambak-lambak lah aku tepek n3 pasal makanan..Tapi makanan yang aku mampu share, haruslah yang senang-senang hokey..kita bukan masterchef nak tepek resipi makanan bertaraf berbintang-bintang..Haritu, mak tuan belog buat solok lada..tuan belog hanya bertindak sebagai runner aka pembantu chef..penat woi jadi pembantu chef...kena pulak chef yang kuat ngat bagi arahan..pengsan kita..okey, sesi luah perasaan dah tamat..jom tengok resipi..


bahan-bahan :-

Korang perlukan cili besar..sila buang habis biji cili..sebenarnya, kalu nak buat solok lada ada cili dia, tetapi kat sini mana ada orang jual cili 2, so pakai lah cili ini..tapi serius, memang beza rasa dia, kalu pakai cili solok lada memang sedap..cili biasa ni kurang sikit..Lagi satu, kenapa cili sekarang bila masak rasa macam plastik ek??..macam berkulit..tebal lak 2..ntahlah mungkin aku jek rasa gitu...(-_-)

 Ikan selayang/kembong/tengkiri...aku pakai ikan selayang..sila rebus..dan asingkan isi dengan tulang

 Bawang merah dan halia (dalam 1/2 inchi )

 Lada hitam kisar halus...Korang juga memerlukan kelapa parut..sorry lupa nak ambil gambor..


Cara-cara :-

Tumbuk bawang, halia sampai lumat, masukkan isi ikan dan kelapa parut dan tumbuk lagi, perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam..

 Isi ikan rebus

 Begini rupanya isi ikan yang siap ditumbuk bersama bahan lain

Sumbat isi ikan tadi dalam cili..kemudian kukus sampai masak..kalu nak tahu masak ke tidak..bila cili dah layu dan lembut maknanya masak la tu..

Tarraaaaaa...beginilah hasilnya solok lada..senangkan?????? (sila angguk :P)..siap untuk dimakan..ikut korang lah nak makan camne..aku makan gitu je..tak pandai aku nak makan dengan nasik..sebab aku makan solok lada macam pisang goreng je..hahaha..hebatkan aku..(-_-)..okeylah, sampai sini sahaja n3 kali ini..kita jumpa next n3..


~SELAMAT MENCUBA YE KENGKAWAN~
(^_^)y

Cara Mudah Buat Chicken Wraps

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia..hai korang, berjumpa kita lagi..agak lama aku tidak berblog..Okeylah, kali ini aku nak share mengenai 'Cara-cara Buat Chicken Wraps'..Makanan omputih ni sangat ringkas, cepat, dan sedap..Yelah, aku memang suka buat benda-benda yang senang-senang ni..hahaha..Okeylah, jom tengok cara-cara buat chicken wraps yang sonang gilos ini...

Untuk jaya misi membuat chicken wraps ini, korang memerlukan wraps, aku pilih brand mission, sebab?? aku selalu blogwalking tengok ramai sangat guna brand ini, so otak terus set brand ini popular,dan berkualiti..disebabkan ingin se'level' dengan blogger makanan yang termasyhur,so aku turut memilih nak guna MISSION WRAPS..hidup mesti eksyen okey..haahaha..MISSION wraps ini banyak jenis, yang garlic ada, wheatmeal ada dan lain.Aku pilih yang 'Original' untuk mengekalkan keaslian gitu..hahaha..

Korang juga memerlukan nugget , aku pakai tempura Marina..sila abaikan ketulan-ketulan sosej kontot itu, sambil buat chicken wraps aku kunyah-kunyah sosej...untuk menambah tenaga..hahaha..(dasar kuat makan :P )

Mayonnaise
 
 Chili sauce

 Salad + tomato..sila abaikn sayur yang kecut, lesot dan tidak bermaya itu..haaha

 Panaskan wraps atas kuali supaya lembut  dan rangup-rangup sikit

 Susun salad dan hirisan tomato dan susun hirisan tempura ayam

 Tuang sos cili...wah...terus rasa terliur..

Letakkan mayo

 Gulung...

 Tarraaaaaaa.....da siap..


 Bila dah siap, sedia untuk di'Ngaaaaaap'..hahaha..gelojoh sangat..tak nyempat-nyempat kan..

Makan chicken wraps sambil tengok cartoon rasa bertambah selera dan rasa tak cukup..hahah..

Okeylah, sampai sini sahaja n3 kali ini..kita jumpa next n3 okey..sebelum itu..