http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Thursday 27 February 2014

Cara Buat Roti John Sedap

Assalamualaikum....Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia...bertemu kita lagi, dan kali ini, tuan blog kembali kepada sesi menepek n3 makanan..Ye, kali ini tuan blog nak share pasal 'Roti John'..Sudah lama rasanya aku tak makan roti john, selalunya beli time bulan puasa je..Roti John ni sangat sesuai disajikan dan dimakan seisi keluarga..sesuai juga dijadikan minum petang..tapi kalu ikut aku,tak kesahlah nak makan bila-bila..hahaha..Okeylah jom tengok cara buat roti john sempoi..

Bahan-bahan:-


 Roti

Daging burger, cili kisar, sayur kobis hiris halus, bawang merah dan bawang putih, telur dan tomato


Cara-cara :-

 Cincang daging buger (aku pakai sekeping je), bawang merah dan bawang putih

 Tumis bawang merah + putih

 Tumis bersama cili kisar

 Masukkan daging burger

 Tumis daging sampai masak

 Pukul telur bersama daging burger tadi..perasakan dengan lada hitam,dan garam secukup rasa

 Masukkan sayur kobis dan kacau rata

 Tuang adunan telur + daging dalam kuali
Letak roti..biar sehingga telur betol-betol masak..Bila sudah masak korang boleh hidangkan ikut citarasa korang..aku just susun tomato hiris dan kobis n sos cili..

Taraaaaaaa ~~~~ dah siap..senang kan????(angguk laju2 tanda setuju..:P )

sekian n3 kali ini..kita jumpa next n3 okey..

~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y

Monday 24 February 2014

3D Origami Hello Kitty ~ Tutorial

Assalamualaikum...Salam sejahtera..Salam 1Malaysia...hai..hai..hai...bertemu kita lagi..Apa yang pasti kali ni, tuan blog bukan nak tepek n3 pasal makanan..Disebabkan dah terlalu lama aku tidak ber origami, kali aku rasa berbesar hati nak share ngan kawan-kawan sekalian pasal Tutorial Buat 3D Origami Hello Kitty..Harap tutorial ini, dapat membantu bagi yang berminat..hehehe..

 

Karang memerlukan kertas berwarna merah, putih, hitam, kuning...jangan tanya aku berapa banyak pieces nak lipat..seriously aku tak pernah kira...Ohoiii...tiada kerajinan aku nak mengira..hahaha..lipat banyak-banyak...(1 kertas A4 = 32 pieces )..aku pakai dalam 20 kertas A4 merah dan 20 kertas A4 putih..





 Base kepala Hello Kitty = 25 pieces (warna krim)

 Cantum sebanyak 12 layers

 Sila tekan-tekan bagi dapat kepala hello kitty yang bulat..

 Rupa bahagian bawah kepala Hello Kitty


Badan Hello Kitty~





 Base badan Hello Kitty = 18 Pieces

 Cantumkam kepala dan badan

 Buat telinga, mata, misai, hidung dan kolar baju Hello Kitty

Tarrraaaaaa....dah siap..yippi..yippi..

Okey jumpa next n3 dengan kecintaan yang baru...hehehe..harap tutorial ini dapat membantu bagi yang berminat..

~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y

Thursday 20 February 2014

Cara Mudah Buat Kuey Teow Goreng

Assalamualalikum...Salam sejahtera...Salam 1Malaysia..jumpa lagi korang...sekali lagi tuan belog share, pasal makanan...Kali ini, tuan belog nak share pasal 'Cara Mudah Buat Kuey Teow Goreng'..Walaupun aku sedar korang semua biasa sangat buat makanan ini, aku tetap tak pedulik..aku nak tepek jugak dalam belog ni..T__T..Sangatlah simple kuey teow goreng aku..takda rencah sangat weh..Kuey teow goreng ikut citarasa aku, mesti letak sayur taugeh dan kucai banyak-banyak, baru selera...

Bahan-bahan


Kuey Teow


 Tauhu dan fishball goreng


 Cili Kisar


 Tumis cili kering sampai garing


 Sayur taugeh dan kucai


bila cili kisar dah garing..letak tauhu dan fishball goreng letak garam, kiub ikan bilis/ayam, letak kuey teow dan gaul...last, letak taugeh..kacau rata..kalu suka boleh letak kicap sikit..Angkat dan hidang...makan dengan cili padi jeruk sangat sedap..haha...sekian n3 pasal makanan..Kita jumpa next n3..

~ SELAMAT MENCUBA ~
(^_^)y

Cara Mudah Buat Laksam Sedap

Assalamualaikum....hai..hai..hai...jumpa lagi weh..Kali ini, aku masih lagi berkongsi n3 yang sama..pasal makanan..Laksam, salah satu makanan pantai timur yang sangat sedap..Makan bersama ulam-ulaman yang segar dan rangup, sambal belacan..pasti bertambah-tambah..Aku kalu makan laksam or laksa kuah gini, mesti tambah-tambah..setakat dua mangkuk, relek-relek je wa telan derrr...hahaha..Kalu ikut selera aku, aku suka letak banyak-banyak taugeh, kacang panjang, kacang botol...ala..senang cerita suka letak semua banyak-banyak hahaaha ( serius mintak kena lempang )..Bagi aku agak sihat jugaklah makanan laksam ni..sebab ada banyak ulam-ulaman, tiada tumis-tumis..sumber protien tinggi (ikan)..Cuma santan lah, agak berlemak gitu...(Cehwah..rasa macam pakar pemakanan pulak..:P )..

Okeylah, sesi merapu meraban dah tamat, laksam ni dibuat sepenuhnya oleh mak aku..Aku hanya bertindak sebagai runner je..Part yang aku paling suka bila buat Laksam, sambil buang tulang ikan, sambil itu ratah isi ikan rebus..paling best bila jumpa telur ikan..hihi..Untung jadi pembantu aka runner dapur ni, makan pon lebih...hahaha..Okey sekali lagi aku meraban..jom2 tengok resipi.


Bahan-bahan laksam :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air
cara buat :
  • Bancukan semua bahan diatas
  • panaskan pengukus, sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak (tujuan taknak bagi melekat)
  • ambil sedikit adunan, tuang atas tudung periuk dan kukus (jangan banyak, kalu tebal tak sedap laksam nati)
  • bila suda masak, angkat, biar sekejap dan gulungkan
  • buat sampai habis :P

Bahan-bahan kuah Laksam

Ikan rebus bersama asam keping, aku pakai ikan kembung.


Asingkan isi ikan dari tulang..kisar isi ikan bersama air rebusan ikan bersama bawang merah, halia, lada hitam dan paste asam jawa..Tuang dalam periuk bersama santan, perisakan dengan garam..masak sampai mendidih (jangan pecah minyak).

# kuah ini jugak sesuai di makan dengan mee laksa#

Sambal :P


Cili padi, cili besar, belacan (bakar) limau


 Tumbuk lumat


 Sambal belacan berapi



Ulam-ulaman, ikut citarasa korang...Ulam yang kitaorang pakai adalah kacang panjang, taugeh mentah, timun, kacang botol, pucuk mengkudu siam, daun kesom (aku tak suka makan letak daun ini :p) dan terung pipit..Bagi aku, lagi banyak ulam, lagi sedap laksam..lagi berselera makan..haha


Letakkan semua bahan..dan siap untuk dimakan..Kalu ikut style pantai timur betol, dorang akan asing kan cili padi dan belacan..(tapi bagi aku lagi senang tumbuk sekali, macam tak sanggup nak letak belacan seketol dalam mangkuk..hahaha)..Cara makan laksam atau laksa kuah lemak ini, selalu nya pakai tangan..Kalu kat rumah boleh lah nak pakai tangan, kalu pergi majlis or kenduri tak sanggup i..hehehe..

Okey.. sekian N3 pasal laksam...

~ SELAMAT MENCUBA ~
(^_^)y

Cara Masak Ubi Goreng Sedap

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia..Apa khabar Semua..Sihat???Aku sihat..hahaha...harap korang semua sihat-sihat selalu..Yelah, cuaca sekarang tak menentu..Okeylah,n3 kali ini, aku share cara masak 'Ubi Goreng'..Hahaha..walaupun aku tahu, setakat nak goreng ubi ni, pejam mata pon boleh..tapi aku tak pedulik. Aku tetap nak tepek jugak dalam blog ini..Yela ini je yang tuan blog mampu share sekarang..nak share pasal Origami, idea kelaut..So , semoga korang tak muntah darah tengok tuan belog tepek gambar makanan..Maklumlah, makanan dengan tuan belog memang tak dapat dipisahkan, ibarat 'Isi dengan Kuku' (giler kawan karib makanan dengan aku..haha)..Ubi goreng sangat syok makan panas-panas, lawan kan dengan Kopi 'O' panas...wahhhhh..heaven..(i tekak orang kampung, makan ubi pon mampu membuatkan i terbang tinggi..haha)..Okeylah, jom layan gambarzzzzz..


 Nak buat 'Ubi Goreng' mestilah kena ada ubi..gaulkan ubi dengan garam kunyit.


 Goreng ubi sampai keemasan


Tarraaaaaaa ~~~ siap untuk dihidangkan..lawan kan bersama kopi 'O' panas..nescaya juling-juling mata korang telan ubi goreng.


Nahhh..ambek semangkuk hentak ubi..makanlah sampai kembung-kembung..okey..kita jumpa n3 akan datang..


~ SELAMAT MENCUBA ~
(^_^) y