http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Thursday 10 July 2014

Cara Buat Ketupat Palas Mudah

Assalamualaikum korang...kalu n3 lepas aku ada citer pasal ketupat palas, now..n3 ni aku nak tepek pasal cara buat ketupat palas. Rasanya tak banyak yang nak di share untuk buat ketupat palas sebab tak lah sesusah buat ketupat anyam. Ketupat palas adalah ketupat wajib rumah aku ketika hari raya, rasanya mak aku tak pernah buat ketupat anyam, tapi i tahu okey anyam ketupat tu. Aku pandai buat ketupat anyam tu pon hasil berguru dengan officemate aku. Giler hebat kawan aku, lelaki tapi anyam ketupat sangatlah hebat, semua bentuk ketupat dia pandai buat. Masa mula-mula belajar memang susah gilos tahap nak tampar pipi sendiri, apa ke lem***??? malu siot jadi pompuan time tu, lelaki pon pandai. Disebabkan sifat 'keperempuanan' yang menebal, dan tak nak kalah dengan lelaki itu, maka amek masa 2 hari jugak lah belajar anyam kesemua jenis ketupat. Terima kasih 'bidin' hahaha. Okeylah, nyerongei, nyerongei juge..moh kita buat ketupat..haha

Kukus pulut macam biasa boh santan garam bagai

Inilah daun palas

Sila bungkus pulut..nak tunjuk cara pon senang sangat, tigasegi jek kot..hehe..Tangan montel itu adalah tangan mak aku..hahaha

 nah...siap dua bijik.Bila siap bungkus semua, kukus ketupat lagi sekali sampai betul-betul masak dan lembut

Makan ketupat palas dengan sambal sardin cili api..terangkat siot..Mak suka yang goreng, aku pulak suka yang kukus biasa jek cicah dengan serunding ikan

Semalam buka nasi goreng, ketupat palas dan sambal sardin. Mana cukup, maka aku buat sup sayur lagi untuk diri sendiri, beza letak dumpling ke apa nama dia aku pon tak tahu, bantai je buat

kisar isi ayam dengan bawang+bawang putih, letak serbuk lada hitam, garam, serbuk pati ayam, lobak merah, daun sup, daun bawang.

kulit ni, aku beli kat giant je

bungkuskan isi ayam tadi dengan kulit dumpling tadi..siap..masa masak sup sayur campak dumpling ni..senang kan..dan sedap..(sila abaikan ke'jelek'an rupa paras dumpling itu, keras ketung tangan ni nak mendumpling...ngeh ngeh ngeh)

okeylah sampai sini je n3 kali ini..jumpa next n3..
~SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERPUASA~

~ASSALAMUALAIKUM~

Cara Masak Kari Daging Tetel Senang, Sempoi dan Sedap

Assalamualaikum...Selamat berpuasa...Salam Ramadhan..hai hai hai...juadah apa berbuka nati korang..hahaha..bukan main awal lagi aku tanya..Biasalah bulan-bulan puasa ni, mesti kepala otak musing pikir nak buka dengan apa..Semalam kitaorang berbuka puasa memang sempoi, cer teka???hahaha..buka nasi goreng cili api jek..korang mampu???hahaha..Disebabkan semua isi rumah dah jemu makan nasi (bukan main korang jemu makan nasi),maka goreng nasi sahaja..Mak aku pulak teringin nak makan ketupat palas dengan sambal sardin, tak payah tunggu raya, rasa nak makan buat jek..hahaha..Aku pulak makan ketupat palas dengan serunding ikan yang buat hari tu, sedap gilos wehhhhhhh (harus lambung diri sendiri..hahaha). Okeylah, n3 kali ni nak share pasal 'Kari Daging Tetel Sempoi' mak aku buat, aku hanya bertindak sebagai runner sahaja. Aku tak ingat bila punya juadah berbuka. Jom layan...

Kari Daging Tetel

Macam biasa la weh..tumis lah bahan basic buat kari, bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kari

Tumis sekali dengan daun kari bersama rempah sekawan yang lain dan air asam

Bila agak pecah minyak masukkan daging tetel yang sudah direbus empuk, biar sekejap bagi mesra daging dengan kari.

Bila mesra masukkan santan dan perasakan dengan garam..Biarlah lama sikit mendidih sampai semua rasa mesra..hahaha.kalu kari ni, ikut korang la nak campak apa dalam tu, kentang ke, carrot ke, aku campak cili hijau besar dengan cili api.

Nah..siap..hihi

Makan dengan telur masin

Ikan masin bulu ayam, hahaha..tiga ekor cukup.

Disebabkan aku sangatlah jemu ber'kari' hari-hari...hahaha..maka, aku buat sup sayur untuk diri sendiri. Banyak ni aku sorang yang makan okey. Yang lain semua nak kari.

Ayah request pulut kuning nak makan dengan kari..Seperti biasa dia tak sentuh pon pulut itu, pastu paksa kitaorang makan kasik habis..Tak baik membazir katanya. Kembang kuncup hidung mak kita geram...hahaha..hmmm kalu kitaorang gemok gedempol bulan puasa ni..inilah penyumbang kepada sebab kegemokan itu..hahaha

~SELAMAT MENCUBA~
~SELAMAT BERPUASA~
BYE~~~~^_^"


Wednesday 9 July 2014

Cara Senang dan Sempoi Buat Kari Ayam


Assalamualaikum..Salam Ramadhan..Selamat menjalani ibadat berpuasa..pejam celik pejam celik dah nak masuk 11 hari kita berpuasa. Rasa sekejap sangat kan???Aktiviti paling best di bulan puasa ini, bila ramai-ramai rewang kat dapur masak juadah berbuka puasa...lagi best bila nak dekat raya, ramai-ramai buat biskut raya, rumah aku memang jarang sangat beli biskut raya, sebolehnya kitaorang akan buat sendiri, baru best makan biskut raya sendiri, walaupun rasanya tak lah sesedap biskut beli, tapi makcik puas hati sebab dapat buat sendiri..baru la raya namanya...hahaha..Bukan apa aku dah terbiasa sejak kecik lagi selalu tengok dan tolong mak buat biskut raya, rasanya kecik-kecik dulu tak pernah tengok mak aku beli biskut raya, dari biskut, kek, bahulu sampai lah kuih raya goreng-goreng semua mak buat sendiri, kena pulak ayah aku memang tak kan makan yang beli-beli ini (sian mak kite...tssskkk -__- )..Best giler buat biskut raya ramai-ramai, ada pulak adegan merajuk bawah meja sebab tukang bakar kasi rentung biskut (yang merajuk itu sudah tentulah tuan belog hokey..haha).Okeylah, kalu nak cite pasal kisah silam setahun tak habes..jom tengok cara buat kari ayam senang dan sempoi..TETAPI sedap..wah nak jugak kau lambung diri sendiri kan..haha..

Ayam

Santan

Bawang merah, bawang putih, halia (kasi kisar), kentang

Tumis bahan kisar tadi


Masukkan rempah kari dan serbuk cili, kalu suka letak serbuk kunyit, aku tak letak

Masukkan daun kari, rempah sekawan

Masukkan ayam

Masukkan kentang
- Tunggu sampai kentang dan ayam empuk dan masak
- Masukkan santan, letak sayur kalu suka, aku letak terung jek..
- Perasakan dengan garam dan kiub ayam sikit
- Bila mendidih dan sayur lembut, sedia untuk dihidangkan

NaH.....senanng dan mudah kan..main campak-campak je..hahaha..

Lawankan kari ayam dengan ayam goreng kunyit

Jelatah timun dan nenas

Tumis sayur..aku tahu la sayur apa, bukan sawa,bukan kailan, buka pak choi, tapi pahitnye ya ampun..

Kari ayam tadi lawan kan dengan pulut kuning, atas permintaan ayah..last2 dia tak makan..aku jugak kena makan..hahaa

Ade jugak cekodok pisang, permintaan ayah jugak..sudah jadi kebiasaan bapak aku, kalu bulan puasa bukan main semua nak..penat kita tau..pastu tak makan..pastu paksu kitaorang makan..kalu gemok siapa yang susah..hahah

Ni ayam masak merah yang tak berapa nak merah, ni lauk masa time buat serunding haritu

mee goreng

lawankan mee goreng dengan sambal sutun kering

Tuesday 8 July 2014

Cara Senang Buat Pengat Keladi Sedap Lemak Manis Disukai Ramai


Assalamualaikum..ahaaiiii..lagi sekali bertemu ye..Lagi sekali lagi jugak aku tepek n3 makanan..hahaha..tak apa nak share weihh..harap korang paham situasi tuan belog..semalam lepas buat serunding ikan, ayah kesayangan tetiba kata teringin  nak makan 'pengat keladi' lah plop...haishhh suka tau dera kita, ingat cuti boleh berjimba-jimba, berdondang sayang or 'senamrobik'..Lidah rasa nak terjelir sampai dada dah haus..'sebbaik' buat pengat ni sonang, sambil bersiul-siul aku buat pengat..Okey bagi yang tetiba teringin makan pengat keladi jom buat senang jek derrr...bahan-bahan pon sonang..

bahan-bahan:-

Sebijik keladi

santan 2 cawan + satu cawan gula pasir

gula merah setengah cawan + sagu dalam segenggam (kalu suka banyak tak menjadi masalah)

cara-cara:-

- bersihkan keladi dan potong dadu besar-besar
- rendam sagu
- rebus keladi hingga empuk (untuk kuah ikut citarasa okey)
- bila empuk masukkan sagu + gula, tunggu sampai sagu kembang,masukkan gula merah dan garam untuk
  rasa lemak.
- bila semua sudah okey masukkan santan (bila mendidih angkat. jangan sampai pecah minyak)

Cara Buat Serunding Ikan Mudah Tetapi Penat

~SERUNDING IKAN~
Assalamualaikum..Salam Ramadhan semua...bertemu lagi kita ye..haaa..sekali lagi n3 kali ini pasal makanan. Maklomlah, bulan puasa..tiada apa yang sangat sesuai untuk aku tepek selain makanan..Nak tepek pasal 3D Origami????Ohoiiiiiii malas lah puasa-puasa ni nak potong lipat kertas bagai..:P..Siapa suka serunding???tak payah lah angkat tangan...:p haha..Kalu bulan puasa dan bulan raya puasa serunding antara makanan yang mendapat perhatian ramai, tak kira lah serunding ikan, ayam. or daging. tapi yang pasti serunding sangatlah sedap buat cicah dengan lemang, ketupat, nasi impit or ketupat palas..tapi aku lagi sedap makan ratah gitu jek..hahaha..Semalam tuan belog cuti, ingat cuti boleh berdondang sayang dirumah, tidak sama sekali, aku dikerahkan untuk membuat serunding ikan untuk inti popia..Disebabkan bulan puasa yang mulia ini aku akur dengan arahan itu. Maka operasi meyerunding ikan dilaksanakan..Jom tengok cara buat serunding ikan yang mudah TETAPI PENAT...-________-

Bahan-bahan :-
Untuk sekilo ikan sardin/selayang (ikan ikut suka2 hati korang), serai, halia lengkuas, bawang dan bawang putih seperti gambar diatas..aku just agak-agak ikut suka-suka hati aku..


Racik kecil-kecil bahan tadi dan...ZZeeeekkkkk..sampai halus..

 
Rebus ikan dengan garam
Asingkan isi ikan dengan tualng..kisar tulang ikan dan tapis ambil air tulang ikan tadi
Tumbuk isi ikan tadi hingga halus
Masukkan semua bahan tadi dalam kuali..Owhh..lupa..tidak dilupakan cili kering kisar..tapi aku tak pakai cili kisar, aku pakai serbuk cili..malas nak kisar cili lagipon cepat sikit kering..kuantiti cili ikut suka-suka hati okey
Masak atas dapur dengan api paling kecil..sesekali kacau supaya tak hangit..time ni korang boleh bersiul-siul sambil kumpul tenaga, coz, bila air dah mula kering korang akan kacau tanpa henti supaya tak hangit..sampai ketiak pon bau hangit..hahaha
Bila air kering boleh perasakan dengan garam gula..kalu korang nak lemak ley la letak santan macam serunding yang lain..tapi yang ni untuk buat popia kecil aku tak letak santan sebab nati popia tak rangup

 
Kacau tanpa henti. disini sangat menguji kesabaran..naik kejung lengan aku...serunding tak hangit, ketiak pulak bau hangit..Errkkkkk..:P
Teruskan mengacau..haisshhhh haus giler time ini..sabor je lah..
Tarraaaaaa...dah siap..banyak jugak dapat..yang simpan dalam peti dulu untuk buat popia nati..

okey korang sampai sini dulu okey..kita jumpa next n3 okey...yang pastinya memang pasal makanan lah kan..hohoho..

~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y