http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Monday 24 November 2014

Felt~~~~tiramisu cake..

Ohoiiiii...Assalamualaikum kengkawan..haha..fuuhhhhh..tiup habuk kat blog ni dulu..serius lama aku membiarkan blog aku tanpa dikemaskini..semenjak dua menjak ni tuan velog bz dengan hal-hal duniawi,sampai tidak ada masa nak update blog..okey dah lama tak update blog, rasa macam malu-malu jek nak berbicara..cehwahhh..okeylah, n3 kali ni nak share dengan korang kecintaan tuan blog..felt..bagi yang berminat, meh ramai-ramai tengok cara nak buat tiramisu cake dari kain felt..hihi..
Mula-mula kita buat strawberry ye..

Untuk buat soberi...kita memerlukan kain felt merah, sila potong bulat..makin besar soberi yang korang nak..makin besarla bentuk bulat yang diperlukan

divide dua

lipat dua separuh bulatan felt tadi..sila rujuk gambar diatas..

jahit bahagian tepi..nanti jadi macam bentuk kon..dan terbalikkan jahitan

jelujur keliling bentuk kon tadi


sumbatkan dengan kapas..aku amek isi bantal..hahah..perlu pengorbanan disitu..hihi..dan tarik jahitan jelujur sehingga menutupi kapas tersebut

begini rupanya bila dah siap..yang ni aku ngah jahit biji-biji strawberi..

tarraaaa.....siap..next...

Untuk buat tiramisu kena ada biskut dia..ntah apa dorang panggil aku tak tahu..untuk itu, korang perlu sediakan kain felt colour krim..potong seperti gambar diatas..

Kemudian, bentukkan seperti gambar diatas..untuk ini, lapiskan dua..dan jahit..dan sumbatkan dengan kekabu supaya gebas gebus..hihi..

Nah...begini rupanya.

Untuk krim tiramisu cake kita..potong bulat felt colour putih (warna ikut suka suki korang hokeyy..akak suka warna kesucian..-______- )

Potong felt tadi seperti gambar diatas..kemudian cucuk jarum setiap bucu..dan tarik..haaa..hamek kau, harap korang paham lah penerangan aku..Bila dah dapat bentuk macam bunga..sumbatkan dengan kekabu..dan matikan jahitan..

Nah..cenggini rupanya..hihi

Now, kita buat cover kotak tisu kite..mula-mula, ukur kotak tisu korang..potong..dan jahit insang pari untuk sambungkan setiap part..


Begini rupanya..cover kotak tisu yang dah siap dijahit..kemuadian..ikut kreativiti korang untuk hias kek tiramisu korang..just gam kan kat cover kotak tisu..teruskan menghias sambil bersiul-siul merdu..foo..foo..fooo...

Tara....dah siap..suka tak..suka tak...haha

~SELAMAT MENCUBA KORANG~
BYE...^_^

No comments:

Post a Comment

Post a Comment