http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Thursday 2 January 2014

Cara-cara Mudah Buat Kuih Kasui/Kaswi

Siapa suka makan kuih kasui???? angkat kening.....hahaha...kuih kasui merupakan kuih tradisi yang sangat mudah dibuat..bahan-bahan nak buat kuih ini sangatlah sempoi..tak payah telur..Rasa kuih ini sangat la sedap..Kuih ini adalah kuih kecintaan tekak aku..( hmm apa sahaja yang tak sedap kat tekak kau kan   -_-). Kuih ini aku suka makan sejuk-sejuk..memang best..setakat  5 ketol seperti gambar diatas, 'ilek-ilek' je wa telan derrr..(samseng sangat kau kan..lempang kang..:P )

Bahan-bahan :-

 Daun pandan (ehsan Uncle Google kite )

 Tepung gandum 1 cawan + 1 sudu tepung ubi


Gula 1/2 cawan


1/2 cawan gula merah


 2 cawan air


Ini bahan turun temurun dari arwah nenek saya, 'kicap' - 2 sudu besar
(jangan tanya motif bahan ini diletak, aku selalu tengok mak aku letak..so sebagai anak, aku follow je..untuk menambahkan kesedapan kuih ini gamaknye)

Cara-cara :-

  • korang larutkan secawan air dengan gula merah + gula pasir.
  • korang harus potong kecil daun pandan untuk diblender (pastikan basuh sebersih-bersihnya).
  • korang blenderkan daun pandan + secawan air (bancuh ngan sedikit kapur sireh,hujung sudu je..menunjukkan sangat sedikit penggunaan kapur :P) + secawan larutan gula merah dan gula pasir, tepung gandum + tepung ubi.
  • blend sampai halus dan tapiskan.
  • Sila tapis elok-elok, dan kukus sampai masak.


Tarraaaa...dah siap tunggu sejuk dan gaul bersama kelapa parut (sila gaul kelapa bersama sedikit garam untuk menaikkan kelemakan kelapa,dan menambah kesedapan kuih itu )


Malam ini sangat panas..so jom makan 'aiskrim Malaysia', stok yang tak pernah putus dalam freezer..maklumlah kita penjual aiskrim..hihi  ^_^

 Bye
~ (^_^)y

No comments:

Post a Comment

Post a Comment