http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Saturday 6 September 2014

Cara Buat Karipap Pusing Mudah dan Sedap Sampai Berpusing-pusing

Assalamualaikum....Ohoiiii...lama sangat aku tak update velog ini..naik bersawang berdebu velog kite...hahaha..Kesibukan yang melampau menyebabkan aku menganaktirikan velog ini (alasan sibuk sering digunakan bagi seseorang yang dijangkiti penyakit malas -________- ). Karipap, siapa suka karipap?????sila tepuk perut anda..Aku bukan peminat tegar karipap, apa tak nya mak aku boleh kate hari-hari mau karipap...naik jemu aku,sampai tahap boleh menangis kunyah karipap(see..see...sampai tahap gitu..melampau sangat..,p). Selalu buat karipap biasa jek, untuk tukar rasa, buat karipap pusing pulak..Sedap weh karipap pusing, boleh berpusing-pusing bijik mata kunyah karipap..hihi..Okeylah bagi yang berminat jom tengok cara buat karipap pusing...

Mula-mula kena buat inti dahulu, inti style aku sonang yo...style orang malas tapi meronta-ronta nak makan..haha..blend bawang putih, bawang merah, bilis, serbuk kari (rempah kari ikut citarasa korang), kentang or keledek potong dadu..leburkan semua + daun kari dalam kuali, masak til kering dan perasakan dengan garam ikut citarasa, sape suka manis letaklah gula, aku tak gemar..hoho.., kalu nak letakkan ayam or daging silakan, jangan segan-segan..haha

Kulit karipap pusing
Untuk kulit ada dua bahagian, putih dan kuning.
Putih    : 2 cawan tepung, air sejuk bancuh dengan garam dan uli sampai jadi doh..
Kuning : 1 cawan tepung uli bersampa mentega sampai jadi doh
Bulatkan bahagian kuning. dan balut dengan bahagian putih, seperti gambar diatas


Gelekkan(betol ke ayat aku, nak cakap pe ek???korang paham kot...sila rujuk gambar..rasa macam alien pulak tak reti nak cakap..hahaha)

Gulungkan doh seperti gambar diatas

Gelekkan sekali lagi seperti ini.(rasa cam nak gelak pulak pakai ayat gelek..hahah)..

 Haaaaa...gelek macam ini..;P

 Gulungkan seperti ini

Potong doh seperti ini

 Begini hasilnya..

Gelekkan doh tadi 

Gelek sampai penyek seperti ini..:p

Boh setepek inti

haaaaaa....begini rupanya...siap untuk digoreng..

Nahhhhh..siap karipap pusing kita..senangkan?????sila angguk..


Okeylah..sekian sesi pembelajaran kita..hahaha
~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y


No comments:

Post a Comment

Post a Comment