http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Thursday 10 July 2014

Cara Buat Ketupat Palas Mudah

Assalamualaikum korang...kalu n3 lepas aku ada citer pasal ketupat palas, now..n3 ni aku nak tepek pasal cara buat ketupat palas. Rasanya tak banyak yang nak di share untuk buat ketupat palas sebab tak lah sesusah buat ketupat anyam. Ketupat palas adalah ketupat wajib rumah aku ketika hari raya, rasanya mak aku tak pernah buat ketupat anyam, tapi i tahu okey anyam ketupat tu. Aku pandai buat ketupat anyam tu pon hasil berguru dengan officemate aku. Giler hebat kawan aku, lelaki tapi anyam ketupat sangatlah hebat, semua bentuk ketupat dia pandai buat. Masa mula-mula belajar memang susah gilos tahap nak tampar pipi sendiri, apa ke lem***??? malu siot jadi pompuan time tu, lelaki pon pandai. Disebabkan sifat 'keperempuanan' yang menebal, dan tak nak kalah dengan lelaki itu, maka amek masa 2 hari jugak lah belajar anyam kesemua jenis ketupat. Terima kasih 'bidin' hahaha. Okeylah, nyerongei, nyerongei juge..moh kita buat ketupat..haha

Kukus pulut macam biasa boh santan garam bagai

Inilah daun palas

Sila bungkus pulut..nak tunjuk cara pon senang sangat, tigasegi jek kot..hehe..Tangan montel itu adalah tangan mak aku..hahaha

 nah...siap dua bijik.Bila siap bungkus semua, kukus ketupat lagi sekali sampai betul-betul masak dan lembut

Makan ketupat palas dengan sambal sardin cili api..terangkat siot..Mak suka yang goreng, aku pulak suka yang kukus biasa jek cicah dengan serunding ikan

Semalam buka nasi goreng, ketupat palas dan sambal sardin. Mana cukup, maka aku buat sup sayur lagi untuk diri sendiri, beza letak dumpling ke apa nama dia aku pon tak tahu, bantai je buat

kisar isi ayam dengan bawang+bawang putih, letak serbuk lada hitam, garam, serbuk pati ayam, lobak merah, daun sup, daun bawang.

kulit ni, aku beli kat giant je

bungkuskan isi ayam tadi dengan kulit dumpling tadi..siap..masa masak sup sayur campak dumpling ni..senang kan..dan sedap..(sila abaikan ke'jelek'an rupa paras dumpling itu, keras ketung tangan ni nak mendumpling...ngeh ngeh ngeh)

okeylah sampai sini je n3 kali ini..jumpa next n3..
~SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERPUASA~

~ASSALAMUALAIKUM~

No comments:

Post a Comment

Post a Comment