http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Sunday 16 February 2014

Siput Mentarang Bercili aka Sambal Siput Mentarang

Assalamualaikum....ye sekali lagi n3 pasal makanan okey..harap korang tak muntah air tengok aku share n3 makanan..hehehe...Idea berorigami aku memang ke laut..Sebelum itu, aku nak introduce kat korang apakah haiwan ini...Nama haiwan laut ini adalah Mentarang..Siput Mentarang ini adalah sejenis kerang-kerangan macam Kerang, Pepahat, Kepah dan sewaktu dengannya..Mentarang hanya boleh didapati di pantai yang berselut..Siput Mentarang ini mempunyai kulit nipis..senang sangat haiwan ini nak pecah..Mentarang ni aku beli di Pantai Remis, Kuala Selangor..Bagi yang tak pernah makan Mentarang, rasa haiwan ini sedap macam kerang,kepah, kupang,dan seangkatan dengannya..sorry lah..aku tak pantai nak explain rasa dia...yang aku tahu sedap gilos..rebus gitu-gitu je dan cicah air asam memang terangkat..heheh..


Ini rupa Siput Mentarang yang masih berlumpur dan berselut..Cara nak cuci, korang boleh pakai berus sabut..Kalu korang mampu boleh gosok dengan jari jemari..nescaya hancurlah jari nati..huhu..Kulit Siput Mentarang ini nipis tapi tajam..harus korang gosok dengan beru okey..


 Bila sudah siap mandi dan sental segala, terus haiwan ini bertukar menjadi putih berseri..hihi..


Mentarang tadi aku masak bercili separuh dan rebus titik serai separuh..Rasanya tidak perlu lah aku share resipi cara masak ..setakat masak sambal, rasanya semua sudah tahu..hihi..
(dasar pemalas...-__- )..


Nah...begini rupanya 'Mentarang Bercili' aka 'Sambal Mentarang'..sedap weh...tak tipu..bagi yang belum pernah makan Mentarang..sila usaha cari segera..nescaya korang akan berpuas hati tahap nak lompat bintang..hahaha..Okey,sampai sini je n3 kali ini..kita jumpa next n3..

~SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN~
(^_^)Y

No comments:

Post a Comment

Post a Comment