http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Sunday 16 March 2014

Cara Mudah Buat Chicken Wraps

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia..hai korang, berjumpa kita lagi..agak lama aku tidak berblog..Okeylah, kali ini aku nak share mengenai 'Cara-cara Buat Chicken Wraps'..Makanan omputih ni sangat ringkas, cepat, dan sedap..Yelah, aku memang suka buat benda-benda yang senang-senang ni..hahaha..Okeylah, jom tengok cara-cara buat chicken wraps yang sonang gilos ini...

Untuk jaya misi membuat chicken wraps ini, korang memerlukan wraps, aku pilih brand mission, sebab?? aku selalu blogwalking tengok ramai sangat guna brand ini, so otak terus set brand ini popular,dan berkualiti..disebabkan ingin se'level' dengan blogger makanan yang termasyhur,so aku turut memilih nak guna MISSION WRAPS..hidup mesti eksyen okey..haahaha..MISSION wraps ini banyak jenis, yang garlic ada, wheatmeal ada dan lain.Aku pilih yang 'Original' untuk mengekalkan keaslian gitu..hahaha..

Korang juga memerlukan nugget , aku pakai tempura Marina..sila abaikan ketulan-ketulan sosej kontot itu, sambil buat chicken wraps aku kunyah-kunyah sosej...untuk menambah tenaga..hahaha..(dasar kuat makan :P )

Mayonnaise
 
 Chili sauce

 Salad + tomato..sila abaikn sayur yang kecut, lesot dan tidak bermaya itu..haaha

 Panaskan wraps atas kuali supaya lembut  dan rangup-rangup sikit

 Susun salad dan hirisan tomato dan susun hirisan tempura ayam

 Tuang sos cili...wah...terus rasa terliur..

Letakkan mayo

 Gulung...

 Tarraaaaaaa.....da siap..


 Bila dah siap, sedia untuk di'Ngaaaaaap'..hahaha..gelojoh sangat..tak nyempat-nyempat kan..

Makan chicken wraps sambil tengok cartoon rasa bertambah selera dan rasa tak cukup..hahah..

Okeylah, sampai sini sahaja n3 kali ini..kita jumpa next n3 okey..sebelum itu..


No comments:

Post a Comment

Post a Comment