http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Tuesday 4 March 2014

Cara Masak Lemak Pucuk Turi Bersama Keledek


Assalamualaikum...Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia..hai korang..bertemu kita kembali dalam rancangan 'Mari Belajar Memasak'..wah feeling2 chef pulak..hahaha..Okeylah, n3 kali ini nak tepek pasal makanan..yelah kan makanan dengan aku memang tidak dapat dipisahkan..Kali ini, tuan velog nak share cara masak lemak pucuk turi yang gilos senang..Yelah..aku nak tunjuk masak macam hotel tak mampulah, setakat makanan kampung gini okeylah..(-_-)..Masak lemak pucuk turi ni, makan bersama nasi panas, ikan masin goreng, sambal belacan, ulam-ulam sikit..memang terangkat weh..boleh 3x tambahlah..hahaha..(giler rasa lapar nasik ketika sedang menaip ini..Ggrrrrrrrrrr)..Okeylah,jom tengok cara masak pucuk turi..


Untuk merealisasikan impian korang untuk masak lemak pucuk turi..haruslah kena ada pucuk turi ini..


Keledek


 Santan Lemak Manis


Bawang merah...aku masak lemak memang tak letak bawang putih..kalu yang suka letak bawang putih, boleh lah letak..tak masalah..^_^


Ikan bilis sebagai rencah penambah rasa

Cara-cara :-

  • masukkan ikan bilis, bawang merah, keledek dalam periuk dan rebus sampai keledek empuk
  • kemudian masukkan pucuk turi dan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa
  • bila masuk santan kena sentiasa  kacau supaya tak pecah minyak dan bila mendidih boleh angkat dan sedia untuk di...'NgAaaaaapp'..haha


Beginilah hasilnya 'Masak Lemak Pucuk Turi  Bersama Keledek'


Okeylah sampai sini dulu n3 kali ini ye...semoga kita berjumpa dalam n3 seterusnya...

~SELAMAT 'MENERAI'~
(^_^)y

No comments:

Post a Comment

Post a Comment