http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Thursday 10 July 2014

Cara Masak Kari Daging Tetel Senang, Sempoi dan Sedap

Assalamualaikum...Selamat berpuasa...Salam Ramadhan..hai hai hai...juadah apa berbuka nati korang..hahaha..bukan main awal lagi aku tanya..Biasalah bulan-bulan puasa ni, mesti kepala otak musing pikir nak buka dengan apa..Semalam kitaorang berbuka puasa memang sempoi, cer teka???hahaha..buka nasi goreng cili api jek..korang mampu???hahaha..Disebabkan semua isi rumah dah jemu makan nasi (bukan main korang jemu makan nasi),maka goreng nasi sahaja..Mak aku pulak teringin nak makan ketupat palas dengan sambal sardin, tak payah tunggu raya, rasa nak makan buat jek..hahaha..Aku pulak makan ketupat palas dengan serunding ikan yang buat hari tu, sedap gilos wehhhhhhh (harus lambung diri sendiri..hahaha). Okeylah, n3 kali ni nak share pasal 'Kari Daging Tetel Sempoi' mak aku buat, aku hanya bertindak sebagai runner sahaja. Aku tak ingat bila punya juadah berbuka. Jom layan...

Kari Daging Tetel

Macam biasa la weh..tumis lah bahan basic buat kari, bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kari

Tumis sekali dengan daun kari bersama rempah sekawan yang lain dan air asam

Bila agak pecah minyak masukkan daging tetel yang sudah direbus empuk, biar sekejap bagi mesra daging dengan kari.

Bila mesra masukkan santan dan perasakan dengan garam..Biarlah lama sikit mendidih sampai semua rasa mesra..hahaha.kalu kari ni, ikut korang la nak campak apa dalam tu, kentang ke, carrot ke, aku campak cili hijau besar dengan cili api.

Nah..siap..hihi

Makan dengan telur masin

Ikan masin bulu ayam, hahaha..tiga ekor cukup.

Disebabkan aku sangatlah jemu ber'kari' hari-hari...hahaha..maka, aku buat sup sayur untuk diri sendiri. Banyak ni aku sorang yang makan okey. Yang lain semua nak kari.

Ayah request pulut kuning nak makan dengan kari..Seperti biasa dia tak sentuh pon pulut itu, pastu paksa kitaorang makan kasik habis..Tak baik membazir katanya. Kembang kuncup hidung mak kita geram...hahaha..hmmm kalu kitaorang gemok gedempol bulan puasa ni..inilah penyumbang kepada sebab kegemokan itu..hahaha

~SELAMAT MENCUBA~
~SELAMAT BERPUASA~
BYE~~~~^_^"


No comments:

Post a Comment

Post a Comment