http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Wednesday 2 July 2014

Cara Mudah Buat Ikan Bakar Sumbat Belakang Pedas Lagi Sedap

Assamualaikum korang korang semua..sepanjang bulan puasa ini, aku nak selalu ucapkan selamat berpuasa kat korang...semoga kita dapat puasa penuh..hihi..Rasanya macam sekejap je masa berlalu..dah nak masuk ramadhan ke-4 dah wei....Bulan puasa semestinya bulan yang paling dinanti-nantikan..makan pon bertambah selera..:p..semalam tuan blog buka posa dengan ikan bakar..kalu last n3 aku tepek pasal ikan bakar 'bodo', harini nak tepek pasal ikan bakar cerdik..hahaha..'Ikan Cencaru Bakar Sumbat Belakang', tak sedap betol nama resipi..hahaha..tapi takpe, yang penting sedap dan pedas 'berdesing' telinga.Okeylah rasanya ramai jugak tahu cara nak buat ikan bakar sumbat ni, Tapi tak kira nak share jugak..hehe..

Bahan-bahan :-

Ikan cencaru..saiz ikut suka, kalu aku harus suka yang besar gemok..tapi ayah beli saiz yang sedang-sedang je..takut kita makan banyak ler tue...sila belah belakang ikan tersebut..

Untuk bahan sumbat, korang memerlukan 2 biji bawang besar, kalu besar sangat, sebijik cukup...3siung bawang putih, besar ibu jari kunyit hidup, halia, 3 or 4 batang serai, cili padi ikut tahap kepedasan korang dan jus limau kasturi untuk rasa zingggg sikit..owh jangan lupa kelapa parut dan sedikit belacan..bagi yang tak boleh makan belacan tak yah letak pon okey..aku, tak letak..

Kisar kering semua bahan tersebut dan perasakan dengan garam..owh lupa plak, mayang halus daun kunyit..mesti halus seperti bunga rampai..hahaha..

Kemudian sumbat bahan tersebut dibelakang ikan, dan bakar..so, beginilah rupa ikan bakar itu..rupa bukan ukuran..rasa yang menjadi pujaan tekakku..:P

Selain ikan bakar tuan belog sekeluarga turut berbuka dengan kobis masak lemak putih.Ayah aku kalu takda masak lemak dia mengigil hahaha

Haaaa....cuba teka apakah ini????ini nama dia rangka ayam masak kicap..hahaha..korang mampu makan rangka jek...kempang kempis hidung adik aku tanda protes dalam diam hahaha...

Ini taugeh goreng tuan belog..aku masak-masak lemak hari-hari ni takleh gi la..goreng taugeh bersama tauhu dan tauhu telur lagi sodap. Selain makanan seperti diatas, penambah selera yang wajib ada adalah encik yabebabeduuuu aka 'budu' hahaha..

Okeylah sampai sini sahaja n3 kali ini..Selamat menjalankan ibadah puasa..kita jumpa next n3 okey..

~SELAMAT MENCUBA~
~BYE~
(^_^)y

No comments:

Post a Comment

Post a Comment