http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/enjka

Monday 30 June 2014

Cara Mudah Masak Kari Ikan, dan Tumis Terung Taucu

Assalamualaikum...Salam sejahtera..Salam ramadhan...dan Selamat berpuasa korang..hehehe...hari ini, nak masuk dua hari kita berpuasa..syok weh bulan puasa nih...makan selera je..hahaha..(dasar kuat makan kan..:P)..Disebabkan sudah lama aku tak update blog, jadi sempena bulan puasa ini aku rasa nak tepek n3 pasal makanan..harap korang tak muntah darah tengok aku tepek n3 makanan tiap-tiap hari..sememangnya makanan dan aku tidak dapat dipisahkan..okeylah bulan-bulan puasa ni rasa malas nak merepek..hahaha..jom tengok menu buka puasa tuan velog semalam..semalam tuan belog hanya buka puasa dengan nasi berlaukan kari ikan siakap, tumis terung bulat dengan taucu, ikan bakar..simple je korang..rumah aku buka puasa memang tak berapa dengan kuih muih ni..kitaorang semua hanya kemaruk nasik..hahaha...

bahan-bahan kari ikan
Masukkan Bawang merah+bawang putih + halia + kunyit hidup + lengkuas (aku suka letak lengkuas..sebab macam best jek) dalam blender dan zeeekkkkk (bunyik blende hokey..)

 serbuk kari ikan + serbuk cili (kuantiti ikut suka-suka eh..)

Terung tomato dan bendi..lupa lah amek pic bendi :P..korang juga memerlukan ikan..

Santan..

 Cara-cara :-
  • tumis bahan kisar tadi bersama tomato..kemudian bancuh rempah kari + serbuk cili dan tumis bersama bahan tadi..kemudian masukkan air
  • masukkan ikan dan sayur biar seketika bagi ikan dan sayur masak
  • masukkan santan..perasakan dengan garam ikut citarasa..bila mendidih boleh angkat
Tumis terung bersama taucu


Terung bulat

Bawang merah + bawang putih +cili padi

taucu 

Tumis bawang merah + bawang putig + cili padi...masukkan terung + taucu..masukkan air sikit dan tutup bagi terung lembut..untuk resipi ini, aku tak pakai garam sebab taucu dah masin..:P

selain kari ikan dan terung taucu...aku jugak bakar ikan..Ohoiiiiiii..bukan main selera..mengalahkan setahun tak makan...hahaha..ni aku panggil ikan bakar 'bodo'..sebab takda perap-perap bagai..hehe

Untuk menambahkan kesedapan ikan bakar tadi..agar ikan itu tidak kelihatan bodo..makan aku buatkan cicah dia..yang mana seluruh kularga aku menangis-nangis sukakan nya...pencicah ni memang sedap weh...korang patut cuba...apakah itu?????

Hahaha....jeng jeng jeng..ini pencicah yang superb itu...hahaha..seluruh penghuni rumah aku menggemarinya..termasukakn bapak aku..yang mana keegoan dia mempertahankan masakan jawa musnah dengan pencicah yang superb ini...hahaha..hari-hari dia mahu  budu..hari-hari budu..budu hari-hari..hohoho..

inilah rupanya budu...makanan yang telah menjatuhkan keegoan seorang jawa..hahaha...

Okey korang sampai sini sahaja n3 kali  ini..kita jumpa next n3 hokey...
~SELAMAT MENCUBA~
(^_^)y ~~~~bye

No comments:

Post a Comment

Post a Comment